Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Akhirnya Mula Perkenalkan Ciri Baharu Ini

WhatsApp Akhirnya Mula Perkenalkan Ciri Baharu Ini

Diterbitkan Januari 20, 2023 · Dikemas kini Januari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa tahun lalu, WhatsApp dilaporkan telah mula menguji ciri yang membolehkan carian mesej dengan tarikh. Terbaharu, WhatsApp kini telah memperkenalkan ciri baharu ini yang dipanggil sebagai “Search by date”.

Berkaitan

  • Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima
  • WhatsApp Sedang Cuba Pemindahan 'Chat' Tanpa Google Drive, Lebih Senang Tukar Telefon Lepas Ini
  • WhatsApp Nak Mudahkan Anda 'Block' Orang, 2 Cara Ini Mungkin Diperkenal

Sebelum bacaan lebih lanjut, perlu diketahui kemas kini dengan ciri “Search by date” hanya tersedia di App Store untuk peranti iOS, buat masa ini. Bagaimanapun, WhatsApp kebiasaannya akan menawarkannya kepada pengguna awam secara berperingkat.

Carian dengan tarikh

Dalam kemas kini versi 23.1.75 di App Store, WhatsApp kini hadir dengan ciri “Search by date” atau carian dengan tarikh.

Dengan cara ini, ia memudahkan pengguna untuk mencari mesej tertentu dengan lebih spesifik dalam perbualan secara individu mahupun kumpulan.

cari mesej WhatsApp

Bagi membuat carian dengan tarikh, pengguna hanya perlu tekan ‘Search’ di bahagian profil individu atau kumpulan dan pilih ikon ‘kalendar’ di bahagian bar bawah. Pengguna boleh memilih untuk menetapkan carian dengan tarikh bersama kata kunci tertentu atau sebaliknya hanya membuat carian dengan tarikh sahaja.

Drag & Drop

Selain carian dengan tarikh, WhatsApp turut memperkenalkan satu lagi ciri baharu iaitu ‘drag & drop’.

Melaluinya, pengguna hanya perlu seret dan lepas untuk berkongsi imej, video, dokumen dan audio daripada aplikasi lain (Photos, Files, Safari dan lain-lain) ke perbualan WhatsApp.

WhatsApp_search by date2

Seperti biasa, tidak perlu risau jika anda belum lagi menerima ciri ini. Kemas kini dengan ciri baharu akan dilepaskan secara berperingkat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY