Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WHATSAPP yourself_

WhatsApp Dilapor Bangunkan Ciri Baharu, Pindah ‘Chat’ Akan Jadi Lebih Mudah

Diterbitkan Januari 5, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan ciri baharu, yang membolehkan pemindahan ‘chat’ atau perbualan antara peranti Android akan menjadi lebih mudah.

Berkaitan

  • Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima
  • WhatsApp Tambah Pilihan Pengesahan Baharu Untuk Log Masuk Peranti Kedua
  • WhatsApp Kata 2022 Ialah Tahun Inovasi Terbesar Mereka, Ini 23 Ciri Baharu Telah Diperkenal

Melalui tangkap layar yang dikongsi oleh WABetaInfo, pilihan tetapan itu akan dipaparkan pada bahagianĀ WhatsApp Settings > ChatsĀ kelak. Seterusnya, ia membolehkan pengguna memindahkan sejarah perbualan mereka dengan mudah daripada peranti sedia ada ke peranti Android yang lain, tanpa perlu membuat sandaran (back-up) terlebih dahulu.

WhatsApp Dilapor Bangunkan Ciri Baharu, Pindah ‘Chat’ Akan Jadi Lebih Mudah

Walaupun ciri ini akan menjadi cara yang lebih mudah untuk memindahkan perbualan, adalah penting untuk kerap melakukan sandaran perbualan ke Google Drive. Dengan cara ini, pengguna masih boleh memulihkan sejarah perbualan jika sesuatu berlaku pada peranti yang digunakan.

Jika dari segi manfaatnya, sudah tentu ciri baharu pemindahan perbualan ini sangat berguna terutamanya untuk menukar dengan cepat kepada peranti Android baharu tanpa perlu mengemas kini sandaran awan.

Buat masa ini, ciri baharu bagi memindahkan perbualan ke peranti Android yang lain masih lagi dalam pembangunan. Berikutan itu, belum diketahui bila ia akan ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY