Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC MWC 2025

Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di MWC 2025, Pamer Kemajuan 5G & Infrastruktur Digital

Diterbitkan Mac 4, 2025 ยท Dikemas kini Mac 4, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia turut sama menyertai pameran MWC 2025 dengan pembukaan rasmi Malaysia Pavilion di Mobile World Congress (MWC) 2025.

Dirasmikan oleh Setiausaha Agung Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pavilion ini menampilkan kemajuan teknologi negara, khususnya dalam 5G, infrastruktur digital, dan inovasi kolaboratif di rantau ASEAN.

Pavilion ini menghimpunkan Kementerian Komunikasi, MCMC, MDEC, serta syarikat industri utama seperti DNB, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile, YTL, Edotco, dan MEASAT, memperkukuhkan komitmen Malaysia dalam transformasi digital dan kerjasama antarabangsa.

Antara penampilan utama yang menarik perhatian pengunjung ialah Pelan Infrastruktur Digital Nasional (JENDELA) yang telah melebihi sasaran dengan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 9.03 juta premis.

Pavilion ini juga memperkenalkan 6-Way Multi-Operator Core Network (MOCN) yang merupakan sistem pertama seumpamanya di ASEAN yang meningkatkan rangkaian melalui infrastruktur perkongsian antara pengendali mudah alih.

Pengunjung juga boleh meneroka pameran yang menunjukkan aplikasi teknologi Malaysia dalam kesihatan, pendidikan, penyiaran, pembuatan, bandar pintar, dan kecerdasan buatan (AI).

MCMC Nexus, alat analitik canggih, turut dipamerkan bagi mempertingkatkan prestasi rangkaian dan perancangan bandar pintar.

Malaysia Pavilion terletak di Hall 7, Stand 7H51, berlangsung dari 3 hingga 6 Mac 2025.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Midea Lancar Rangkaian Perkakas Rumah Pintar Baharu Di Malaysia
  • EDOTCO & Kejuruteraan Rasshin Perkukuh Infrastruktur Telekomunikasi Di Sarawak

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY