Maybank kini memperkenalkan proses pengesahan keselamatan baharu untuk penetapan semula PIN aplikasi MAE, yang mula berkuat kuasa 7 April 2026.
Menurut Maybank, kemas kini ini hanya melibatkan pengguna individu atau pemilik tunggal sahaja.
Dengan perubahan ini, pengguna yang terlupa PIN aplikasi MAE dan ingin menetapkan semula PIN perlu mengesahkan identiti terlebih dahulu melalui salah satu daripada dua kaedah yang disediakan, seperti berikut:
- Pengesahan menggunakan MyKad/Pasport – Imbas ID anda (MyKad/Pasport) dan ambil gambar swafoto dalam aplikasi MAE. Jika tidak dapat melengkapkan pengesahan melalui MyKad/Pasport, gunakan Kaedah 2.
- Pengesahan menggunakan PIN M2U sementara – Pergi ke mana-mana ATM Maybank untuk menjana PIN M2U sementara, kemudian gunakannya dalam masa 48 jam untuk melengkapkan pengesahan dalam aplikasi MAE.
Maybank menjelaskan sekiranya pengguna tidak mengemas kini PIN atau menggunakan pengesahan biometrik untuk log masuk ke aplikasi MAE, tiada tindakan yang diperlukan. Pengguna boleh terus menggunakan aplikasi MAE seperti biasa tanpa sebarang perubahan.
Untuk panduan lengkap tetapan semula PIN, layari halaman produk Maybank atau baca Soalan Lazim di SINI.
{suggest}
