Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Dan Web Maybank2U Kini Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan

Maybank2u Akan Kuat Kuasa Tempoh Bertenang 12 Jam Untuk Peningkatan Had Transaksi

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh Amalina Athman

Maybank akan memperkenalkan tempoh bertenang atau cooling-off period selama 12 jam bagi setiap peningkatan had pemindahan wang melalui laman web Maybank2u, berkuat kuasa 31 Julai 2024.

Menurut Maybank, ia bertujuan mengekang penipuan perbankan dalam talian dengan mencegah penipu yang cuba meningkatkan had pemindahan tanpa kebenaran serta sebagai langkah keselamatan bagi memberi masa kepada pengguna untuk mengambil tindakan pencegahan.

Perkhidmatan yang mempunyai tempoh bertenang untuk peningkatan had transaksi termasuk:

  • Pemindahan wang pihak ketiga (Maybank ke Maybank)
  • Pemindahan wang antara bank (DuitNow, DuitNow-Transfer, dan GIRO)
  • FPX & DuitNow Online Banking/Wallet

Ia akan berkuat kuasa untuk transaksi yang dilakukan pada laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pengguna masih boleh melakukan transaksi sehingga had pemindahan sedia ada. Sementara had baharu hanya akan berkuat kuasa setelah tamat tempoh bertenang.

Pengguna akan menerima push notification melalui apliksi MAE atau SMS untuk pemberitahuan mula dan tamatnya tempoh bertenang. Untuk butiran lanjut, layari laman web Maybank.

Berkaitan

  • Maybank2U MY Tidak Lagi Tersedia Di Gedung Aplikasi Bermula 30 Jun
  • Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Sumber: Maybank (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY