Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart App KV ENG

Aplikasi Hello smart Akan Sokong 4 Stesen Pengecas EV Berbeza

Diterbitkan Jun 1, 2024 · Dikemas kini Jun 1, 2024 oleh ariff bukhari

Proton New Energy Technology (PRO-NET) dan ChargeSini menandatangani perjanjian untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV ke seluruh negara.

Usaha sama ini mengintegrasikan rangkaian stesen pengecas ChargeSini termasuk pengecas pantas DC yang terletak di hotel, pasar raya, dan pusat beli-belah yang boleh diakses melalui Aplikasi Hello smart, sekaligus menyediakan ekosistem terbaik demi kemudahan pelanggan dan pengguna EV.

Dengan penambahan rangkaian pengecas EV ChargeSini, Aplikasi Hello smart kini merupakan aplikasi tunggal pertama di Malaysia yang dapat menyediakan akses ke stesen pengecasan dari empat CPO (Charge Point Operator) yang berbeza seperti Gentari, chargeEV, dan jomcharge.

PRO-NET x ChargeSini KV
Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET (kiri), bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh, pada majlis menandatangani perjanjian.

 

Aplikasi Hello smart akan mempunyai lebih daripada 75% rangkaian titik pengecasan awam di seluruh negara dan diperkuatkan dengan rangkaian pengecasan ChargeSini yang akan dikemas kini dalam Aplikasi Hello smart pada suku ketiga tahun ini.

Menerusi Aplikasi Hello smart dan ‘Display Head Unit’ (DHU) dalam kenderaan, pengguna boleh mencari dengan mudah lokasi stesen pengecasan yang terdekat.

Pengguna smart dapat memulakan sesi pengecasan dan membuat pembayaran secara atas talian menerusi Aplikasi Hello smart yang menawarkan pengalaman pemilikan EV premium secara menyeluruh.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • God of War Ragnarök Kini Di PC, Harga Prapesan RM249
  • MediaTek Perkenal Cip Dimensity 7300, 7300X

Sumber: Siaran media PRO-NET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY