Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 7300

MediaTek Perkenal Cip Dimensity 7300, 7300X

Diterbitkan Mei 31, 2024 · Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh Amalina Athman

MediaTek kini mengumumkan cip terbarunya, iaitu Dimensity 7300 dan 7300X.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • MediaTek Lancar Cip Dimensity 9300+, 3.4GHz, AI Dipertingkat
  • MediaTek Dimensity 8250 Dilancar, Cip Telefon Kelas Pertengahan Premium

Dibina pada proses 4nm, kedua-dua cip menawarkan prestasi hampir sama dengan hanya satu perbezaan utama – 7300X direka dengan mengambil kira peranti boleh lipat flip, memberikan sokongan dwi paparan.

Siri Dimensity 7300 mempunyai CPU yang terdiri daripada 4×Cortex-A78 (2.5 GHz) dan 4×Cortex-A55 (2.0 GHz) serta menawarkan 25% penggunaan kuasa lebih rendah berbanding Dimensity 7050 dengan proses 6nm.

MediaTek Dimensity 7300_

Dari segi grafik, kedua-duanya dilengkapi GPU Arm Mali-G615 dan HyperEngine – menawarkan 20% FPS lebih pantas dan 20% kecekapan tenaga yang dipertingkatkan.

MediaTek Dimensity 7300X_

Untuk paparan, siri Dimensity 7300 menyokong resolusi WFHD+ @ 120Hz dan FHD+ @ 144Hz. Selain itu, Dimensity 7300X juga menawarkan sokongan khusus untuk telefon flip dwi paparan.

Lain-lain termasuk sokongan LPDDR5 RAM, storan UFS 3.1, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, teknologi UltraSave 3.0+ serta dilengkapi ISP HDR 12-bit Imagiq 950.

Dari segi ketersediaan, Motorola Razr 50 dijangka akan menjadi telefon pertama yang dilancarkan dengan cip Dimensity 7300X.

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY