Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-31T093348.058

God of War Ragnarök Kini Di PC, Harga Prapesan RM249

Diterbitkan Mei 31, 2024 oleh Muhd Idham

Berita baik untuk semua peminat siri permainan God of War tetapi tidak mempunyai platform konsol PlayStation untuk memainkan salah satu sambungan sirinya iaitu God of War Ragnarök, kini ia telah tersedia untuk prapesan di platform pengedar permainan PC.

Screenshot 2024-05-31 095121

Seperti yang anda tahu, siri ini merupakan sambungan cerita daripada siri God of War (2018) yang akan mengisahkan tentang Kratos yang berusaha untuk mengenal dan mempercayai anaknya, Atreus yang mula membesar.

God of War Ragnarök ini boleh mula diprapesan melalui platform pengedar permainan Steam dan Epic Games dengan harga permulaan RM249.

Anda juga akan terima ganjaran prapesan dalam permainan berupa kekulit Kratos Risen Snow Armor dan Atreus Risen Snow Tunic (kosmetik) pada hari pelancarannya 19 September 2024.

God of War Ragnarök Kini Di PC, Harga Prapesan RM249

Untuk pakej Digital Deluxe Edition pula, harganya telah ditetapkan pada RM299 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan selain daripada permainannya seperti di bawah.

God of War Ragnarök Kini Di PC, Harga Prapesan RM249

  • Kratos Darkdale Armor
  • Atreus Darkdale Attire (kosmetik)
  • Darkdale Blades Handles untuk Blades of Chaos
  • Darkdale Axe Grip untuk Leviathan Axe
  • Dark Horse Digital Mini Artbook
  • Official God of War Ragnarök Digital Soundtrack

Item di atas boleh dimiliki setelah perjalanan cerita dalam permainan dilengkapkan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Jualan 6.6 Anker Kembali, Ini Senarai Produk Yang Ada Diskaun
  • Amazfit Balance Kini Menjalankan Zepp OS Yang Dikuasakan AI
  • Pelanggan HSBC Malaysia Yang Guna Peranti Android Perlu Ubah Segera Tetapan Ini

Sumber: PlayStation.Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY