Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chargEV 2.0_

chargEV 2.0 Dilancar Dengan Antara Muka Baharu, Ciri AutoCharge

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh Amalina Athman

Yinson GreenTech hari ini melancarkan chargEV 2.0, versi terkini aplikasi mudah alih bagi rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) miliknya.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuk antara muka lebih kemas, fungsi pengecasan satu klik, AutoCharge, peta yang dipertingkatkan, pemantauan sesi pengecasan secara langsung serta ciri perancangan perjalanan yang lebih baik. Yinson GreenTech berkata penambahbaikan ini dibuat bagi memudahkan proses pengecasan dan mengurangkan langkah yang perlu dilakukan pengguna sebelum memulakan pengecasan.

chargEV 2.0 app_00

Pelancaran aplikasi baharu ini turut disokong dengan peluasan rangkaian pengecas chargEV di seluruh negara. Syarikat itu memaklumkan usaha tersebut melibatkan penambahan pengecas di lokasi tumpuan, peningkatan kapasiti di tapak sedia ada serta peluasan liputan ke kawasan yang masih mempunyai akses pengecasan EV yang terhad.

chargEV 2.0 app

Antara lokasi yang telah menerima rangkaian chargEV termasuk Merdeka 118, beberapa AEON Mall terpilih serta bandar seperti Gemas, Raub, Teluk Intan dan Kuala Kangsar. chargEV turut merancang untuk menambah lebih banyak pengecas pantas di laluan lebuh raya utama bagi menyokong perjalanan jarak jauh dan rentas negeri.

Aplikasi chargEV 2.0 boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play bermula hari ini, 28 Julai 2026.

Berkaitan

  • ChargEV Pasang 32 Unit Pengecas EV Di Merdeka 118
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Selesaikan Isu Pemandu Kondo, Proton e.MAS Sedia 1,500 Pengecas EV Pada Kadar RM0.63/kWh
  • Ciri AutoCharge Tiba Di Gentari Go – Pengguna EV Kini Boleh Cas Kereta Tanpa Perlu Buka Aplikasi
  • BYD Sime Motors Lancar BYD Certified, Tawar EV Terpakai Yang Diperakui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY