Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Certified BYD Sime Motors_01

BYD Sime Motors Lancar BYD Certified, Tawar EV Terpakai Yang Diperakui

Diterbitkan Julai 21, 2026 · Dikemas kini Julai 21, 2026 oleh Amalina Athman

BYD Sime Motors kini melancarkan BYD Certified, program kenderaan elektrik (EV) terpakai yang diperakui secara rasmi oleh pengeluar dari China itu. Malaysia turut menjadi pasaran pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan program tersebut.

BYD Certified menggabungkan pemeriksaan kenderaan secara profesional, penilaian kualiti bateri yang disahkan, perlindungan jaminan, pilihan pembiayaan dan sokongan selepas jualan bagi memberi lebih keyakinan kepada pembeli EV terpakai.

Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, BYD Certified merupakan satu langkah untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Ia hadir ketika permintaan terhadap EV terpakai yang berkualiti terus meningkat, seiring dengan keperluan pembeli terhadap jaminan dan sokongan profesional.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Sime Motors Adeline Lew berkata BYD Certified dibina berasaskan piawaian kualiti yang ketat dan pengesahan kenderaan yang telus.

“Setiap BYD terpakai yang sudah diperakui akan menjalani pemeriksaan yang komprehensif oleh juruteknik terlatih dan disokong oleh rekod sejarah kenderaan yang disahkan, penilaian kualiti bateri dan perlindungan jaminan,” katanya.

Bagi memastikan kualiti setiap kenderaan yang diperakui, BYD Certified menetapkan beberapa piawaian termasuk pemeriksaan profesional 170 mata, had perbatuan (mileage) tidak melebihi 100,000 kilometer, usia kenderaan tidak melebihi empat tahun serta penggunaan alat ganti BYD yang tulen dengan kerja pemasangan mengikut piawaian yang diluluskan pengeluar.

Kenderaan itu juga perlu bebas daripada rekod kemalangan besar, kerosakan akibat kebakaran atau banjir serta sebarang manipulasi odometer.

BYD Certified BYD Sime Motors_02

Pada masa sama, pembeli BYD Certified juga menerima pelbagai manfaat tambahan, termasuk analisis kesihatan bateri, jaminan pemulangan dalam tempoh lima hari, sokongan selepas jualan melalui rangkaian pusat 3S BYD, peluang pandu uji sebelum pembelian serta perkhidmatan tukar beli kenderaan.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi cawangan BYD Certified di Sime Darby Auto Selection Glenmarie yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pembelian kenderaan, pensijilan, tukar beli, pembiayaan, jaminan dan perkhidmatan selepas jualan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • BYD Dinobat Sebagai Pengeluar Automotif Paling Inovatif Dunia 2026 Buat Kali Pertama
  • BYD Flash Charging Akan Masuk Malaysia - Cas 10-70% Hanya 5 Minit
  • BYD Patenkan Teknologi AI Kesan Hidupan Di Bawah EV Sebelum Bergerak

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY