Adobe telah melancarkan pelbagai ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam Photoshop dan aplikasi lain dalam suite Creative Cloud sempena persidangan Adobe Max tahun ini. Ciri AI seperti “Distraction Removal” dalam Photoshop kini memudahkan pengguna untuk membuang objek yang tidak diingini secara automatik, menjadikan proses suntingan lebih cepat dan efisien.
Ciri “Distraction Removal” yang baharu ini membolehkan Photoshop mengenal pasti gangguan biasa seperti orang, wayar, dan kabel tanpa memerlukan pengguna untuk menandakan kawasan tersebut secara manual. Kini, dengan hanya satu klik, objek-objek tersebut boleh dipadamkan dengan mudah. Pengguna juga boleh memilih sama ada ingin menggunakan model AI generatif (Adobe Firefly) atau bukan generatif untuk hasil suntingan terbaik.
Selain itu, Photoshop memperkenalkan kemas kini untuk alat Generative Fill, Generative Expand, dan Generate Background yang kini lebih berkuasa, mampu memahami arahan yang lebih kompleks, dan menghasilkan gambar yang lebih realistik. Ciri baharu lain seperti pemilihan automatik semua objek dalam gambar juga telah ditambah pada aplikasi web Photoshop.
Bukan sahaja Photoshop, Adobe Illustrator juga menerima kemaskini AI dengan ciri “Objects on Path” yang membolehkan objek diletakkan, diatur, dan dialihkan sepanjang laluan bentuk dengan lebih fleksibel. Alat Mockup dan Image Trace turut dipertingkatkan untuk menghasilkan vektor yang lebih tepat dan bersih.
InDesign dan Premiere Pro turut mendapat sentuhan AI generatif, seperti alat Generative Expand yang kini tersedia di InDesign dan generatif AI video dalam Premiere Pro yang masih dalam fasa beta.
Dengan pelbagai ciri baharu ini, Adobe memudahkan para kreatif menyelesaikan tugas-tugas rekaan yang biasanya memakan masa dengan lebih pantas dan efisien.
{suggest}
Sumber : Adobe