Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

ChatGPT Search Kini Boleh Digunakan Sebagai Enjin Carian Di Safari, Begini Caranya

Posted on Februari 25, 2025

OpenAI mengemas kini aplikasi ChatGPT versi iOS dengan menambah extension atau pemalam Safari yang membolehkan ChatGPT Search digunakan sebagai enjin carian utama di bar carian Safari.

Selepas aplikasi ChatGPT dikemas kini ke versi terkini, pemalam ChatGPT Search boleh diaktifkan melalui tetapan Safari.

Cara aktifkanĀ extension ChatGPT Search

Untuk mengaktifkannya, pergi ke Settings > Apps > Safari > Extension > ChatGPT Search, kemudian hidupkan tetapan. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh mengaktifkannya terus melalui aplikasi Safari dengan klik ikon di sebelah kiri bar carian, pilih “Manage Extension” dan aktifkan “ChatGPT Search”.

Aktif pemalam ChatGPT Search melalui Settings
Aktif pemalam secara terus di aplikasi Safari

Pemalam ini memerlukan kebenaran untuk mengakses Google.com atau laman enjin carian default pengguna.

Sebaik sahaja diaktifkan, semua pertanyaan yang ditaip dalam bar carian Safari akan terus dihalakan ke ChatGPT Search, menggantikan Google atau enjin carian default yang telah ditetapkan.


Namun, perlu diingatkan bahawa sesetengah pengguna mungkin perlu log masuk ke ChatGPT terlebih dahulu sebelum ciri ini boleh digunakan. Jika diperlukan, pemalam ini juga boleh dinyahaktifkan pada bila-bila masa menggunakan langkah yang sama.

{suggest}

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress