Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ Dedah Masih Ramai Guna ‘Dummy Buckle’

MOT, KPDN Akan Bincang Haramkan Penjualan ‘Dummy Buckle’ – Loke

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan perbincangan bagi mengharamkan penjualan alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar atau ‘dummy buckle’ yang dijual di pasaran.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perbincangan itu untuk melihat dari sudut penguatkuasaan setiap kementerian berikutan penjualan alat berkenaan dilihat berleluasa serta menyalahi peraturan keselamatan jalan raya.

Penggunaan dummy buckle memang tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penguatkuasaan (jualan ‘dummy buckle’) bukan di bawah kementerian ini (MOT), sebaliknya KPDN. Sebab kita tahu, kebanyakan kenderaan baharu sekarang ada sensor (pengesan). Kalau tidak pakai tali pinggang keselamatan akan ada bunyi. Jadi ia memang melanggar peraturan…sebab letak dummy buckle itu memang tidak pakai tali pinggang keselamatan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dilaporkan berkata penggunaan alat nyah aktif itu dan tidak memakai tali pinggang keledar dengan sempurna oleh pemilik kenderaan dilihat menjadi trend semakin membimbangkan.

Beliau berkata ia berikutan notis tertinggi yang dikeluarkan pada Operasi Khas Tahun Baharu Cina bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar adalah sebanyak 195 kesalahan, dengan 30% daripadanya menggunakan aksesori berkenaan.

Dalam pada itu, Loke berkata larangan penggunaan soket 3-pin dan USB dalam semua bas ekspres pada 6 November lepas masih berkuat kuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan baharu dikeluarkan oleh MOT.

Menurutnya, ketika ini satu standard piawaian pemasangan kabel dan soket di dalam bas juga sedang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan dijangka siap seawal Mei.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Anda Kini Boleh Bayar Saman Melalui Aplikasi MyJPJ, Ini Caranya
  • JPJ Dedah Masih Ramai Guna 'Dummy Buckle'
  • Ini Cara Mohon Tukar Lesen 'P' Kepada CDL Melalui Aplikasi MyJPJ

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
©2026 WISER.MY