Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOT peranti kawalan had laju SLD

Bas, Kenderaan Berat Wajib Guna Peranti Kawalan Had Laju Mulai Tahun Depan – Loke

Diterbitkan Jun 13, 2025 ยท Dikemas kini Jun 13, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Speed Limitation Device (SLD) ke atas kenderaan perdagangan, termasuk bas ekspres dan persiaran, secara berperingkat mulai 1 Oktober 2025.

SLD merupakan peranti kawalan had laju yang direka khas untuk mengehadkan kelajuan maksimum sesebuah kenderaan. Peranti ini berfungsi sebagai langkah keselamatan penting bagi mengelakkan pemanduan melebihi had laju yang ditetapkan, khususnya bagi kenderaan yang membawa muatan berat atau penumpang.

Kaedah pelaksanaan penguatkuasaan SLD yang akan dilaksanakan adalah seperti di bawah.

1. Pengesahan Kefungsian SLD

Bermula 1 Oktober 2025, kenderaan perdagangan (melebihi 3,500kg) yang didaftar mulai 1 Januari 2015 diwajibkan mendapatkan pengesahan fungsi dan laporan SLD daripada pihak yang dilantik JPJ. Dokumen perlu diperbaharui setiap dua tahun dan disimpan dalam kenderaan untuk tujuan penguatkuasaan.

2. Pengaktifan SLD dalam ECU

Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 dan mempunyai SLD dalam sistem Electronic Control Unit (ECU) wajib mengaktifkannya mulai 1 Januari 2026.

Ini termasuk kenderaan ‘rebuild’ dan import terpakai. Pengesahan dan dokumen berkaitan perlu diperbaharui dua tahun sekali.

3. Pelaksanaan COP di kilang

Bermula April 2025, JPJ melaksanakan pemeriksaan Conformity of Production (COP) di kilang pengeluaran bagi model yang memiliki Sijil Vehicle Type Approval (VTA) sejak 2015, bagi memastikan tetapan SLD mematuhi Had Laju Kebangsaan sebelum dipasarkan.

4. Pemasangan SLD secara retrofit

Mulai 1 Julai 2026, kenderaan perdagangan yang tiada sistem SLD diwajibkan memasang peranti ini secara tambahan pada kenderaan sedia ada (retrofit) dan disahkan oleh pihak berkelayakan seperti berikut:

  • Technical Service (TS) yang diiktiraf oleh JPJ
  • Bengkel atau fasiliti servis yang diiktiraf oleh JPJ ATAU
  • Badan Pensijilan Bertauliah (oleh Jabatan Standard Malaysia) yang diiktiraf oleh JPJ.

Dokumen pengesahan juga perlu diperbaharui setiap dua tahun dan dibawa setiap masa didalam kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh JPJ.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pelaksanaan Kamera AwAS Akan Ditambah Baik Dengan Kaedah 'Point-to-Point' - Loke
  • MOT, KPDN Akan Bincang Haramkan Penjualan 'Dummy Buckle' - Loke

Sumber: Kementerian Pengangkutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY