Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthropic Perkenal Ciri Baharu Claude Yang Boleh Kawal Mac Anda Dari Jauh

Anthropic Perkenal Ciri Baharu Claude Yang Boleh Kawal Mac Anda Dari Jauh

Diterbitkan Mac 25, 2026 oleh Amsyar Latif

Anthropic baru sahaja mengumumkan ciri baharu untuk AI mereka, Claude, yang kini mampu mengendalikan komputer secara terus. Menerusi fasa research preview dalam Claude Cowork dan Claude Code, Claude tidak lagi sekadar membalas teks, malah boleh menggerakkan kursor, menekan butang, dan menavigasi aplikasi untuk menyelesaikan tugasan bagi pihak anda.

Ciri paling menarik yang diperkenalkan ialah Dispatch. Bayangkan anda sedang dalam perjalanan ke pejabat atau menaiki tren, anda hanya perlu beri arahan melalui telefon pintar, dan Claude di komputer (Mac) anda akan mula buat kerja.

https://x.com/claudeai/status/2036195789601374705?s=20

Ia boleh membuka fail, menyusun spreadsheet, atau menyediakan draf artikel tanpa anda perlu menyentuh papan kekunci pun.

Anthropic Perkenal Ciri Baharu Claude Yang Boleh Kawal Mac Anda Dari Jauh

Walau bagaimanapun, ciri ini buat masa sekarang hanya tersedia untuk pengguna macOS yang melanggan pelan Claude Pro atau Max.

Anthropic turut menekankan aspek keselamatan di mana Claude akan sentiasa meminta izin sebelum mengakses aplikasi baru, selain dilengkapi sistem imbasan untuk mengelakkan penyalahgunaan data sensitif.

Memandangkan ia masih di peringkat awal, Claude mungkin melakukan kesilapan pada tugasan yang terlalu kompleks. Namun, ini adalah langkah besar ke arah pembantu digital yang benar-benar autonomi untuk tugasan harian di pejabat.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenClaw Jadi Fenomena Di China, AI Agent Tarik Minat Pengguna Dan Pelabur
  • Nvidia Perkenal NemoClaw Untuk Komuniti OpenClaw

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY