Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Anthropic Gandakan Had Penggunaan Claude Selama Dua Minggu

Posted on Mac 17, 2026Mac 17, 2026

Anthropic mengumumkan pengguna Claude akan menikmati had penggunaan yang digandakan selama dua minggu di luar waktu puncak, bermula 13 hingga 28 Mac 2026.

Syarikat itu menjelaskan promosi ini merupakan “tanda penghargaan kecil” kepada pengguna atas sokongan yang diberikan sejak kebelakangan ini.

A small thank you to everyone using Claude: We’re doubling usage outside our peak hours for the next two weeks. pic.twitter.com/W7TEBPditq

— Claude (@claudeai) March 14, 2026

Menurut Anthropic, pengguna tidak perlu melakukan sebarang tetapan atau tindakan kerana had tambahan ini akan diberikan secara automatik kepada pengguna pelan Free, Pro, Max dan Team.

Namun begitu, had penggunaan yang digandakan ini hanya terpakai di luar waktu puncak pada hari bekerja. Waktu puncak yang dimaksudkan ialah 8 pagi hingga 2 petang ET (8 malam hingga 2 pagi MYT). Had penggunaan kekal seperti biasa pada waktu puncak.

Kenaikan had penggunaan 2x ini terpakai merentasi semua platform Claude, termasuk:

  • Claude (web, desktop, dan mudah alih)
  • Cowork
  • Claude Code
  • Claude untuk Excel
  • Claude untuk PowerPoint

Penggunaan tambahan ini juga tidak dikira dalam had mingguan sedia ada. Selepas 28 Mac 2026, had penggunaan akan kembali seperti biasa tanpa menjejaskan pelan atau bil langganan pengguna.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress