Telefon pintar HONOR Magic8 Pro mendapat sambutan yang sangat baik dari rakyat Malaysia. Sepanjang tempoh pra-tempahan, permintaan sangat tinggi sehingga stok habis sepenuhnya sebelum jualan pertama rasmi
Jualan Pertama Rasmi HONOR Magic8 Pro
HONOR Magic8 Pro boleh didapatkan bermula 5 Disember dengan hadiah percuma eksklusif bernilai RM2190. Tersedia di semua HONOR Experience Store dan rakan kerjasama rasmi.

Hadiah percuma termasuklah:
- HONOR CHOICE Earbuds Clip
- Perlindungan retak menyeluruh untuk 365 hari
- 1 Tahun Extended Warranty
- 1 Tahun Liquid Damage Protection Warranty
- 3 Bulan Google AI Pro Higher Access bernilai RM294
Para pelanggan juga masih boleh menikmati rebat RM300.
Pembukaan HONOR Experience Store
Sempena jualan pertama HONOR Magic8 Pro ini, HONOR juga mengadakan pembukaan HONOR Experience Store terbarunya di IOI City Mall, Putrajaya secara besar-besaran pada 5 Disember 2025.

Semua dijemput hadir untuk menerokai prestasi HONOR Magic8 Pro sendiri. 500 pelanggan terawal akan menerima tote bag eksklusif buat ahli IOI Club.
Pelanggan juga boleh menyertai empat bengkel untuk mengetahui kebolehan kamera pada HONOR Magic8 Pro. Terdapat juga booth gambar di mana gambar akan ditangkap menggunakan HONOR Magic8 Pro sendiri. Selepas menyelesaikan semua aktiviti, pelanggan akan menerima foto bercetak serta percuma dan hidangan ais krim.

Pelanggan yang berbelanja RM1000 atau lebih dengan satu kali pembelian di HONOR Experience Store IOI City Mall pada 5 hingga 14 Disember 2025, berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Cabutan bertuah ini menampilkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM55000.
Antara Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan:
- HONOR Magic8 Pro (Grand Prize)
- HONOR MagicPad 3
- HONOR Pad 10 WiFi Tablets
- HONOR Watch 2i
- HONOR CHOICE Robot Cleaner R2
- HONOR Luggage
Harga, Varian dan Warna
HONOR Magic8 Pro ini tersedia dalam tiga warna iaitu Sunrise Gold, Sky Clan dan Black.

Didatangkan dengan 2 model:
- 24GB + 512GB storan pada RM4599
- 32GB + 1TB storan pada RM5199
Kedua-duanya termasuk 16GB HONOR Turbo RAM.
Anda boleh dapatkannya di HONOR Experience Stores yang terdapat di seluruh negara. Turut boleh didapati di kedai dalam talian HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga dijual melalui rakan rasmi seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke Laman Rasmi HONOR.
{suggest}
