Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anker produk 2026

Anker Lancar Pengecas Dengan Skrin Pintar, Harga Dari RM229

Diterbitkan Februari 25, 2026 · Dikemas kini Februari 25, 2026 oleh Amalina Athman

Anker hari ini mengumumkan barisan pengecas baharu dengan skrin pintar, termasuk model Anker Prime Smart Display Charger (160W) yang menerima pengiktirafan di CES 2026.

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687)

Anker Prime Smart Display Charger (160W) hadir dengan tiga port USB-C dan jumlah output sehingga 160W. Ia direka untuk mengecas beberapa peranti serentak seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar.

Pengecas ini menggunakan teknologi PowerIQ 5.0 yang mengagihkan kuasa secara automatik mengikut keperluan setiap peranti bagi memastikan pengecasan lebih efisien. Paparan terbina pula memaparkan maklumat seperti output, suhu dan status pengecasan.

Smart Display Charging Lineup KV (2)

Dari segi saiz, pengecas ini mempunyai berat sekitar 220 gram dan dikatakan 43% lebih kecil berbanding pengecas 140W Apple. Ia turut dilengkapi sistem perlindungan suhu ActiveShield 4.0 bagi memastikan peranti kekal selamat sepanjang proses pengecasan.

Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B)

Bagi pengguna yang memerlukan pengecas pelbagai port dengan kuasa lebih sederhana, Anker Nano Smart Display Charger (100W) menawarkan tiga port dengan output berterusan sehingga 100W.

Sistem pengagihan kuasa berasaskan AI akan menyesuaikan tenaga antara peranti. Sebagai contoh, komputer riba boleh menerima kuasa tinggi sementara aksesori kecil seperti fon telinga atau jam pintar dicas tanpa risiko terlebih kuasa.

Smart Display Charging Lineup KV (3)

Pengecas ini juga menyokong protokol pengecasan pantas Xiaomi 90W untuk peranti yang serasi.

Paparan terbina menunjukkan output, aktiviti port serta suhu operasi, manakala penggunaan cip GaN bersama sistem ActiveShield 3.0 membantu mengekalkan suhu stabil ketika penggunaan berpanjangan. Reka bentuknya turut dilengkapi pin lipat bagi memudahkan penyimpanan dan perjalanan.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, harga rasmi adalah seperti berikut:

  • Anker Prime Smart Display Charger (160W) – RM489
  • Anker Nano Smart Display Charger (100W) – RM229

Kedua-duanya dijual bermula hari ini melalui pengedar rasmi serta platform e-dagang. Untuk pembelian, layari Laman Beli dan masukkan nama produk di bahagian carian.

Berkaitan

  • Anker Panggil Balik 4 Model 'Powerbank' - Ini Senarai Terjejas
  • Anker Perkenal Pengecas Pintar Terbina Skrin Pertama Sokong iPhone 17
  • 5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY