Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Diterbitkan November 24, 2025 · Dikemas kini November 24, 2025 oleh ariff bukhari

Demi kelestarian alam, anda sebagai pengguna digalakkan menggunakan bateri yang boleh dicas semula.

Kini lebih mudah untuk didapati dan malah tidak seperti dulu, bateri-bateri ini boleh dicas menggunakan pengecas USB-C dengan adanya port terbina USB-C pada bateri tersebut.

Jadi di sini dikongsikan 5 jenama bateri AA dan AAA yang boleh dicas semula menggunakan pengecas USB-C:

1. PUJIMAX 

PUJIMAX menawarkan bateri jenis AA dan AAA yang boleh dicas semula menggunakan pengecas USB-C.

Bergantung pada kapasiti bateri, PUJIMAX Li-ion Battery AA battery 3400mWh boleh didapati pada harga serendah RM15.90.

5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Beli bateri PUJIMAX dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln35h3
  • Lazada – https://invl.me/cln35hb

2. ORICO

ORICO, jenama yang tidak asing dalam aksesori gajet seperti storan turut mengeluarkan bateri yang menyokong pengecas USB-C.

Menerusi model EG5C Li-Ion Rechargeable AA 1.5V 2100mWh dan EG7C Li-Ion Rechargeable AAA 1.5V 500mWh, ia ditawarkan pada harga bermula RM27.

Malah versi kapasiti yang lebih besar, 6600mWh turut ditawarkan ORICO.

5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Beli bateri ORICO dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln35ie
  • Lazada – https://invl.me/cln35jv

3. Alcatroz

Satu lagi bateri Li-Ion AA dan AAA yang boleh dicas dengan pengecas USB-C adalah dari jenama Alcatroz.

Dengan kapasiti 1450mAh, bateri AA Alcatroz Renergii Li-Ion mengambil masa 1 jam untuk dicas penuh.

5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Bateri Alcatroz Renergii Li-Ion boleh didapati dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln35lg
  • Lazada – https://invl.me/cln35ln

4. PUANTES

Bateri Li-Ion AA dari PUANTES pula ditawar dengan kapasiti yang besar iaitu 3600mWh. Untuk jenis AAA pula, ia hadir dengan kapasiti 1300mWh.

Malah mereka turut menawarkan bateri 9V yang boleh dicas menggunakan pengecas USB-C.

5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Bateri dari PUANTES ini boleh didapati pada harga dari RM14.47 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln35mo
  • Lazada – https://invl.me/cln35ms

5. PALO

Akhir sekali adalah bateri Li-Ion AA dari jenama PALO. Berbeza dari senarai di atas, bateri ini terbina dengan jenis sambungan USB.

Jadi, untuk mengecasnya, anda cuma perlu cabut kepalanya dan sambungkannya pada port pengecas.

Selain jenis AA, Palo juga turut menawarkan bateri saiz D dengan kapasiti 15000mWh yang boleh dicas menggunakan pengecas USB-C.

5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C
5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Bateri Li-Ion dari PALO Malaysia ini boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln35nz
  • Lazada – https://invl.me/cln35o2

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri
  • Malaysia Lancar Pasport Bateri EV Pertama Di ASEAN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY