Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anker Panggil Balik 4 Model ‘Powerbank’ – Ini Senarai Terjejas

Anker Panggil Balik 4 Model ‘Powerbank’ – Ini Senarai Terjejas

Diterbitkan Jun 30, 2025 · Dikemas kini Jun 30, 2025 oleh Amalina Athman

Pengeluar aksesori popular, Anker, bulan ini mengumumkan dua penarikan balik untuk beberapa model power bank atau bank kuasa, dengan salah satunya melibatkan pasaran global termasuk Malaysia.

Menurut Anker, penarikan balik di peringkat global ini dibuat selepas pihaknya mengesan potensi isu pembuatan melibatkan sel bateri lithium-ion yang dibekalkan oleh salah satu vendor.

Walaupun risiko kerosakan dianggap sangat kecil, Anker mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan penarikan balik secara sukarela untuk beberapa model bank kuasa.

Syarikat itu berkata pihaknya juga telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada pihak berkuasa di semua negara dan sedang bekerjasama rapat bagi memastikan proses penarikan balik berjalan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Semakan model terjejas

Berikut adalah senarai model bank kuasa Anker yang terjejas untuk pasaran Malaysia:

  • Anker Power Bank (10K, 22.5W) – Model A1257
  • Anker Power Bank (20,000mAh, 22.5W, Built-In USB-C Cable) – Model A1647
  • Anker Zolo Power Bank (20K, 30W, Built-In USB-C and Lightning Cable) – Model A1681
  • Anker Zolo Power Bank (20K, 30W, Built-In USB-C Cable) – Model A1689

Semakan nombor model boleh dilihat pada bahagian bawah atau sisi bank kuasa.

Anker Panggil Balik 4 Model ‘Powerbank’ – Ini Senarai Terjejas
image (2)

Jika nombor tersebut sepadan dengan senarai di atas, pengguna disarankan untuk segera menyemak nombor siri peranti atau menghantar bukti pembelian melalui borang penarikan balik yang disediakan oleh Anker.

Penggunaan perlu dihenti serta-merta

image (2)

Walaupun kelihatan berfungsi seperti biasa, Anker menegaskan mana-mana unit yang disahkan terlibat dalam penarikan balik ini perlu dihentikan penggunaannya serta-merta kerana berisiko menjadi terlalu panas, mencair, berasap atau terbakar.

Bank kuasa tersebut juga tidak boleh dibuang atau dilupuskan sehingga menerima pengesahan rasmi daripada Anker bahawa peranti layak untuk penarikan balik.

Pampasan

Anker tidak menawarkan pulangan wang untuk penarikan balik ini. Bagaimanapun, pengguna yang terjejas boleh memilih sama ada menerima produk gantian percuma atau menerima baucar untuk digunakan di Shopee.

Butiran lanjut boleh dirujuk melalui laman rasmi Anker.

Berkaitan

  • Anker Panggil Semula 3 Model Bank Kuasa Ini Ekoran Risiko Terbakar
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Anker Tarik Balik 1.15 Juta 'Powerbank' Ekoran Risiko Terbakar Di AS

Sumber: Anker (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY