Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anker IFA Berlin 4

Anker Innovations Satukan 5 Jenama Di Bawah Satu Nama

Diterbitkan September 4, 2026 ยท Dikemas kini September 4, 2026 oleh Amalina Athman

Anker Innovations mengumumkan penyatuan lima jenamanya di bawah satu nama, iaitu Anker, hampir 15 tahun selepas syarikat itu memperkenalkan produk bateri pertamanya.

Sebelum ini, Anker digunakan untuk produk pengecasan, eufy untuk rumah pintar, soundcore untuk audio, SOLIX untuk tenaga dan eufyMake untuk alat kreatif. Selepas penyatuan ini, kesemua jenama ini akan beralih kepada nama Anker secara berperingkat.

Syarikat berkata langkah itu dibuat ketika AI, robotik, pengkomputeran setempat dan teknologi yang saling berkait semakin merapatkan teknologi yang sebelum ini berasingan, menjadikan sempadan antara kategori produk semakin kabur.

Portfolionya akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Anker For You untuk pengecasan, audio, kesihatan peribadi dan alat kreatif, serta Anker For Home yang merangkumi produk rumah pintar, termasuk keselamatan dan robotik.

Jacky Jia, Chief Marketing Officer (CMO) at Anker Innovations

Perubahan itu akan dilakukan secara berperingkat, dengan produk baharu terlebih dahulu menggunakan jenama Anker, manakala produk sedia ada akan beralih kepada nama tersebut dari semasa ke semasa. Waranti, sokongan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan kekal tidak berubah.

Dalam perkembangan produk terbaharu, Anker turut memperluaskan penggunaan cip AI THUS, yang diperkenalkan pada Mei lalu sebagai cip Neural-Net Compute-in-Memory untuk pemprosesan AI pada peranti. Cip itu kini digunakan dalam rangkaian fon kepala dan fon telinga baharu, termasuk soundcore AeroClip 2 Pro, AeroClip 2, Space 2 Pro dan Liberty Buds 2.

Bagi pengecasan, Anker memperkenalkan MagGo Power Bank 2 Pro dengan pengecasan magnetik Qi2.2 25W serta kipas penyejuk terbina. Nano Charger pula menyokong pengecasan sehingga 45W dan dilengkapi paparan yang menunjukkan maklumat seperti kuasa, tahap bateri dan suhu.

Anker IFA Berlin 5

Untuk kategori rumah pintar, Anker MindBase diperkenalkan sebagai hab AI setempat yang menghubungkan peranti rumah, serta menjalankan pemprosesan AI dan menyimpan data isi rumah secara lokal.

Anker MindBase

Produk pertama berasaskan MindBase ialah Anker MindBase Security Kit. Anker juga akan memperkenalkan eufy TrackLight Cam S1, Video Doorbell S4 dan Window Camera E10. MindBase direka untuk berfungsi dengan pelbagai kamera dan peranti keselamatan Anker eufy sedia ada. Bagi pengguna HomeBase S380, rakaman sedia ada boleh dipindahkan ke hab MindBase baharu.

Anker MindBase Security Kit akan dilancarkan lewat tahun ini, dengan harga akan diumumkan kemudian.

Dalam pada itu, Anker turut mengumumkan kemasukannya ke dalam bidang kesihatan pendengaran menerusi pembangunan alat bantu pendengaran yang menggunakan cip AI THUS. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Anker di Malaysia

Di Malaysia, produk baharu yang diperkenalkan di IFA akan mula dilancarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Anker IFA Berlin 1

Anker Malaysia juga akan mengadakan pelancaran jenama rasmi di Sunway Pyramid pada pertengahan Oktober, termasuk memperkenalkan strategi jenama baharu untuk pasaran tempatan dan meraikan pembukaan butik baharunya.

Berkaitan

  • Anker Lancar Pengecas Dengan Skrin Pintar, Harga Dari RM229
  • ANKER Tawar Produk Serendah RM5 Sempena Pembukaan Butik Pertama Asia Tenggara Di IOI City Mall, Putrajaya
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY