Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Angkasawan NASA Kongsi Rakaman Video ‘Bumi Terbenam’ Guna iPhone 17 Pro Max

Posted on April 21, 2026April 21, 2026

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mengeluarkan sejumlah imej rasmi dalam misi Artemis II. Terbaru, komander misi tersebut, Reid Wiseman, berkongsi rakaman video earthset – detik di mana Bumi kelihatan seolah-olah “terbenam” dan menghilang di sebalik ufuk Bulan.

Apa yang menarik, video berdurasi 53 saat ini diambil menggunakan iPhone 17 Pro Max melalui tingkap pintu dok kapsul Orion dan merupakan rakaman pertama seumpamanya yang diambil menggunakan peranti mudah alih.

Only one chance in this lifetime…

Like watching sunset at the beach from the most foreign seat in the cosmos, I couldn’t resist a cell phone video of Earthset. You can hear the shutter on the Nikon as @Astro_Christina is hammering away on 3-shot brackets and capturing those… pic.twitter.com/8aWnaFJ69c

— Reid Wiseman (@astro_reid) April 19, 2026

Menerusi video tersebut, dapat dilihat iPhone 17 Pro Max mengambil sedikit masa untuk mendapatkan fokus apabila beralih ke mod 8x zum. Selebihnya, video itu menampilkan pemandangan jelas kawah-kawah di Bulan ketika Bumi perlahan-lahan hilang daripada pandangan.

“..ini adalah rakaman tanpa potongan dan tanpa suntingan dengan zum 8x yang agak setanding dengan penglihatan mata manusia,” katanya.

Sebagai rujukan, misi Artemis II telah selamat berakhir pada 11 April 2026 melalui pendaratan air (splash down) di Lautan Pasifik, berhampiran luar pantai San Diego, California. Modul kru Orion yang membawa empat orang angkasawan itu berjaya mendarat dengan selamat, sekali gus melengkapkan misi bersejarah tersebut.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress