Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar

Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar

Diterbitkan Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, pada tahun lalu pengeluar kereta nasional, PROTON telah pun menubuhkan sebuah syarikat baharu untuk menerajui jualan dan pengedaran kenderaan pintar serta penawaran kenderaan tenaga baharu pada masa hadapan yang dikenali sebagai Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET).

Ia adalah anak syarikat milik penuh PROTON tetapi akan dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang berasingan. Malah kakitangan operasi juga akan terdiri daripada pekerja luar dari pelbagai industri.

Pada masa yang sama juga mereka telah menjanjikan dengan menamakan Smart #1 sebagai model pertama EV mereka sebagai asas pengenalannya kepada rakyat Malaysia.

Jadi selepas hampir setahun, kini janji tersebut ditunaikan di mana rakyat Malaysia kini boleh membuat tempahan ke atas Smart #1.

Malah tempahan pula boleh dibuat terus dari telefon pintar (Android, iOS dan Huawei) anda dengan memasang aplikasi rasmi PRO-NET iaitu Hello Smart.

Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
Anda boleh membuat pilihan warna dari aplikasi ini untuk EV tersebut.
smart 7
Pilihan warna dalam bahagian dalam kereta pula masih terhad.
smart 9
Tempahan hanya RM1,000 sahaja.

“Sebagai anak syarikat PROTON, PRO-NET bertanggungjawab memastikan produk dan perkhidmatan kami boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada. Jadi, selain daripada pengecas tetap, kami juga sedang mempertimbangkan penyelesaian mudah alih untuk meluaskan liputan kami,” Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Berikut adalah sedikit informasi dan spesifikasi Smart #1 ini.

smart 11
smart 17
smart 13
smart 15
smart 19
smart 21

Anda boleh mendapatkan info lebih lanjut tentang Smart#1 ini di saluran YouTube rasmi Smart yang memberikan pelbagai panduan cara menggunakan sepenuhnya EV ini dari tutorial cara mengubah kedudukan stereng, mengubah kedudukan tempat duduk, ciri-ciri yang ada pada Smart #1 dan banyak lagi.

Smart #1 telah berada di pasaran China dengan harga jualannya bermula dari 190,000 yuan (~RM123,700).

Untuk pasaran tempatan pula, harga penuh  Smart #1 ini masih belum didedahkan lagi. Tetapi anda sudah boleh menempah EV ini dengan membayar deposit serendah RM1,000 sahaja.

Malah deposit itu akan dikembalikan kepada anda.

Berkaitan

  • PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)
  • Proton smart #1 Dilancar Tahun 2023, Kereta Elektrik Tempatan Pertama
  • Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Ke Arah Negara Rendah Karbon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY