Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)

PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)

Diterbitkan Januari 20, 2022 · Dikemas kini Januari 20, 2022 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta nasional PROTON telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk melantik Proton Edar sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

Sementara smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd iaitu anak syarikat milik penuh smart Automobile pula akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.

PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)

MOA itu juga merupakan kerjasama antara 2 syarikat itu bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baru (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN yang kini giat berkembang.

“Dengan menandatangani perjanjian ini, Proton akan mengambil langkah pertama dalam perlaksanaan strategi NEV kami. Perjanjian dengan smart ini membolehkan kami menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor yang sedang berkembang pesat. Ini juga merupakan peluang untuk bermanfaat daripada pangkalan pelanggan smart dan membuka lebih banyak peluang untuk jenama Proton,” Pengerusi PROTON, Dato’Sri Syed Faisal Albar.

smartConcept1 front

Menerusi perjanjian ini juga, ia akan membolehkan smart membina rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia dan Thailand.

Juga sebagai pusat pengalaman jenama dan beberapa lokasi jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk kenderaan smart di pasaran tempatan.

Sumber: PROTON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY