Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AEA 2023

Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Ke Arah Negara Rendah Karbon

Diterbitkan Ogos 29, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Daripada 23 projek yang dihantar untuk ‘ASEAN Energy Awards 2023’ (AEA), Malaysia berjaya merangkul sebanyak 12 anugerah.

Penganugerahan itu adalah sebahagian daripada acara Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-41 (AMEM) yang berlangsung di Bali, Indonesia baru-baru ini.

AEA adalah anugerah yang bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf penggunaan amalan tenaga lestari yang lebih besar oleh kedua-dua sektor awam dan swasta di negara anggota ASEAN.

Ia terdiri daripada 3 kategori iaitu Anugerah Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga dan Pemuliharaan, Anugerah Projek Tenaga Boleh Diperbaharui dan Anugerah Arang Batu Bersih.

Anugerah ini dijangka menjadi instrumen untuk menggalakkan teknologi arang batu bersih (CCT), kecekapan tenaga, dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui untuk menyumbang ke arah kelestarian tenaga dan menyediakan mekanisme bagi organisasi untuk terus mencari, menanda aras dan mengakui inisiatif dan amalan terbaik dalam pembangunan tenaga.

Antara pemenang hadiah pertama adalah Sekolah Antarabangsa Tzu Chi menerusi pencapaian Anugerah Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga dan Pemuliharaan di bawah kategori Bangunan Hijau (Kategori besar).

Seterusnya adalah Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor memenangi Anugerah Pengurusan Tenaga bagi Bangunan dan Industri (kategori Bangunan Kecil dan Sederhana).

Manakala Penggunaan Teknologi Arang Batu Bersih (kategori Industri Besar) pula dirangkul oleh Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Jimah East.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AEA 2023 dari Malaysia:-

AEA 2023

Berkaitan

  • Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI
  • Senarai Lebuh Raya Yang Terima Pembayaran Kad Debit Dan Kredit Setakat Ini

Sumber: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY