Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
proton smart

Proton smart #1 Dilancar Tahun 2023, Kereta Elektrik Tempatan Pertama

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, mengesahkan ketibaan kenderaan elektrik SUV baharu, smart #1 untuk pasaran tempatan pada tahun 2023.

Menurut Roslan, kereta itu dijadualkan untuk dilancarkan tahun depan bagi memanfaatkan pengecualian cukai import, duti eksais dan cukai jalan bagi EV import, yang akan tamat tempoh pada akhir 2023.

proton smart #1
Sumber: Paultan
proton smart #1
Sumber: Paultan

smart #1 ialah produk pertama usaha sama antara Mercedes-Benz dan Geely, menggunakan ‘Sustainable Electric Architecture’ (SEA) Geely dan lebih pendek sedikit daripada Honda HR-V.

Kereta ini direka dengan skrin sentuh 12.8 inci dan sistem bunyi sembilan pembesar suara Beats, lengkap dengan bateri 66 kWj yang memberikan jarak 535km.

Pengecasannya pula mengambil masa tujuh setengah jam dengan pengecas AC 7.2 kW atau setengah jam dengan kuasa DC 150 kW.

Buat masa ini, Proton smart #1 telah dilancarkan untuk pasaran China bermula dari harga 190,000 yuan (~RM123,700).

Sumber: Paultan

Baca juga:

  • PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)
  • Audi Akan Lancar Apple Music Pada Model Terbaru Buat Tiga Pasaran Ini
  • Dulu Antik Kini Elektrik, Volkswagen Menampilkan Van EV Terbaru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY