Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Mematikan Fungsi ‘Auto-Play’ Video Trailer di Netflix

Anda Kini Boleh Mematikan Fungsi ‘Auto-Play’ Video Trailer di Netflix

Diterbitkan Februari 7, 2020 · Dikemas kini Februari 7, 2020 oleh Amalina Athman

Setelah hampir lima tahun Netflix memainkan video trailer secara automatik, kini syarikat tersebut mula menawarkan cara untuk mematikan fungsi autoplay video trailer. Walaupun mungkin sesetengah pengguna merasakan video trailer tersebut berguna untuk mereka, namun ada yang sebaliknya.

Dengan fungsi tersebut, ia memberikan anda pilihan untuk mengawal video trailer tersebut dimainkan secara automatik atau tidak. Pada masa ini, tetapan tersebut cuma boleh dilakukan dengan log masuk Netflix pada pelayar. Ini bermakna, ia tidak menawarkan suntingan melalui aplikasi Netflix pada telefon pintar, tablet atau TV.

Auto-Play Netflix
The Verge

Untuk menyunting tetapan tersebut, ia boleh dilakukan dengan log masuk akaun Netflix pada pelayar, tekan gambar profil di bahagian atas kanan. Kemudian pilih “Manage Profiles” dan aktif atau nyahaktifkan “Autoplay previews while browsing on all devices”.

Setiap tetapan yang dilakukan akan dikemaskini secara automatik pada semua peranti Netflix yang anda gunakan. Namun, tetapan tersebut mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dikemaskini. Sebagai contoh, anda boleh keluar dan log masuk semula akaun Netflix untuk mengaktifkan tetapan tersebut.

Netflix sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memulakan penstriman melalui format AV1 pada peranti Android.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi AI Footbao Untuk Cari Bakat Muda Bola Sepak Bakal Tiba Di Eropah Januari Ini
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
  • SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa
  • 1Password Sahkan Sistem Dalaman Diceroboh, Maklumat Akaun Sebahagian Pengguna Dicuri
©2026 WISER.MY