Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Jejaki Perubahan Iklim Dunia Dengan PlayStation VR2 Dan PS5

Anda Kini Boleh Jejaki Perubahan Iklim Dunia Dengan PlayStation VR2 Dan PS5

Diterbitkan Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

Sony Interactive Entertainment hari ini memperkenalkan aplikasi cuaca, Climate Station, sebuah aplikasi interaktif percuma untuk konsol PS5 dan PS VR2.

Sony berkata, aplikasi ini akan mengubah pemahaman tentang perubahan iklim menerusi pengembaraan digital yang mendalam.

Dibangunkan bersama United Nations Playing for the Planet Alliance, Climate Station menggunakan data sains iklim sebenar untuk mencipta pengalaman imersif dan menarik.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh meneroka glob interaktif dan meneliti data sejarah iklim serta ramalan iklim pada masa depan.

Anda Kini Boleh Jejaki Perubahan Iklim Dunia Dengan PlayStation VR2 Dan PS5
Anda juga boleh melihat kesan perubahan iklim global, termasuk banjir, ribut, kebakaran hutan, dan kemarau secara maya untuk memahami senario iklim masa depan, berdasarkan tindakan manusia terhadap pelepasan karbon.

Melalui alat kawalan seperti DualSense dan PS VR2 Sense Controllers, pengguna juga boleh memanipulasi bumi secara maya, menyentuh data dan melihat perubahan suhu, paras laut, dan gas rumah hijau dari tahun 1901 hingga kini.

Climate Station tersedia dimuat turun secara percuma.

Berkaitan

  • Malaysia Bertuah, Tidak Begitu Terkesan Dengan Fenomena Cuaca Angkasa, Ini Sebabnya
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Pencemaran Cahaya Ancam Pembiakan Kelip-Kelip - Kajian

Sumber: PlayStation.Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY