OPPO secara rasmi memperkenalkan OPPO A5 Pro 5G, peranti kelas pertengahan yang menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan reka bentuk bergaya. Harga bermula dari RM899 untuk OPPO A5 Pro (4G) dan RM1,099 untuk OPPO A5 Pro 5G.
OPPO A5 Pro 5G hadir dalam tiga pilihan warna elegan, Bloom Pink, Mocha Brown dan Olive Green.
Telefon ini dilengkapi penarafan IP66, IP68 dan IP69, menjadikannya tahan percikan air dan debu, sesuai untuk penggunaan harian yang mencabar. Selain itu, reka bentuk tahan lasak dengan ketahanan gred tentera memastikan ia mampu bertahan dalam pelbagai situasi ekstrem.
Dari segi fotografi, OPPO A5 Pro 5G menampilkan kamera utama 50MP dan kamera potret 2MP. Manakala kamera swafoto 8MP.
Skrin 6.72 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, sesuai untuk menonton video dan bermain permainan.
Outdoor Mode membolehkan skrin mencapai tahap kecerahan tinggi bagi memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Dilengkapi bateri 5800mAh, OPPO A5 Pro 5G memberikan jangka hayat penggunaan sepanjang hari. Teknologi 45W SUPERVOOC Flash Charging membolehkan bateri dicas sehingga 55% dalam hanya 20 minit, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang sentiasa bergerak.
Lain-lain adalah cip MediaTek Dimensity 6300 5G atau Snapdragon 6s Gen 1 4G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapati di kedai rasmi OPPO, pengedar sah, serta platform e-dagang terpilih di Malaysia.
{suggest}