Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WiFi penghala

Amerika Syarikat Pertimbang Melarang Penjualan Penghala TP-Link

Diterbitkan Disember 19, 2024 ยท Dikemas kini Disember 20, 2024 oleh Amsyar Latif

Perang dagang di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China kini nampaknya kembali hangat. Ini kerana laporan terbaru daripada WSJ, kerajaan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan larangan terhadap penghala (router) buatan syarikat China, iaitu TP-Link, kerana kebimbangan keselamatan negara yang berkaitan dengan serangan siber.

Tambahan lagi, dalam laporan tersebut turut menyatakan yang larangan penjualan itu boleh dilaksanakan seawal tahun hadapan, mungkin sebagai permulaan baharu di bawah pimpinan Donald Trump.

Siasatan oleh beberapa jabatan AS terhadap amalan keselamatan TP-Link telah menimbulkan kebimbangan, dan tindakan terhadap syarikat ini mungkin akan diputuskan oleh pentadbiran baharu.

Penghala TP-Link dikatakan mempunyai kelemahan keselamatan yang jarang diatasi atau diambil tindakan untuk menampal kelemahan keselamatan, menjadikannya terdedah kepada eksploitasi oleh penggodam yang dikaitkan dengan China.

Buat pengetahuan, TP-Link menguasai kira-kira 65% pasaran penghala untuk rumah dan perniagaan kecil di AS, dan turut membekalkan sistem kepada agensi persekutuan, termasuk Jabatan Pertahanan.

Walaupun TP-Link berusaha mematuhi piawaian keselamatan dan keperluan undang-undang AS, syarikat ini menghadapi penelitian mengenai amalan pasaran dan hubungannya dengan entiti kerajaan China.

Menurut jurucakap TP-Link di California kepada WSJ, syarikat mereka bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat bagi memperlihatkan bahawa peranti mereka memenuhi standard piawaian industri.

Berkaitan

  • Teknologi Li-Fi Akan 100 Kali Lebih Pantas Dari Wi-Fi, Ini Yang Perlu Anda Tahu
  • Qualcomm Networking Pro A7 Elite: Platform Revolusi Wi-Fi 7 Dengan AI
  • UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Huawei Akan Naik Taraf Infrastruktur TVET Dengan Teknologi

Sumber: WSJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY