Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM Anwar AMD_

AMD Mahu Jadikan Malaysia Hab Pembungkusan Dan Reka Bentuk Cip – Anwar

Diterbitkan Mei 6, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat gergasi semikonduktor, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab utama bagi teknologi pembungkusan dan reka bentuk cip tercanggih, dengan Pulau Pinang dan Cyberjaya sebagai lokasi tumpuan.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyediakan segala kemudahan dan sokongan yang diperlukan bagi mempercepatkan proses tersebut.

Sebelum itu, Anwar mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan secara maya dengan AMD pagi tadi bagi membincangkan hala tuju syarikat itu dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

“Syarikat tersebut menyambut baik kebijakan ini yang memberi tumpuan kepada kepentingan negara terutamanya dalam mewujud serta menjamin rantaian bekalan dari pelbagai negara. Untuk maksud itu, Malaysia kekal optimistik terkait perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat seperti AMD yang akan meletak serta melonjak negara ke arah yang lebih baik dalam ekosistem sektor ini untuk jangka masa panjang.”

Ditubuhkan pada tahun 1968, AMD mereka bentuk dan mengeluarkan CPU, GPU, serta penyelesaian grafik lain untuk pelanggan seperti Microsoft, Sony (untuk konsol permainan) dan penyedia perkhidmatan awan global.

AMD telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1972, bermula dengan fasiliti pertama di Pulau Pinang.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • PM Anwar Gesa Sistem iPayment Diperluas Menjelang Mac - Lebih Awal Dari Jadual
  • Anwar Jumpa Binance, Malaysia Sasar Hab Blockchain Global
  • PayNet Lancar Hab Fintech, Tawar Lebih RM4 Juta Sokongan Untuk Startup Tempatan

Sumber: FMT 

Gambar utama: Facebook/Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY