Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM Anwar Gesa Sistem iPayment Diperluas Menjelang Mac – Lebih Awal Dari Jadual

PM Anwar Gesa Sistem iPayment Diperluas Menjelang Mac – Lebih Awal Dari Jadual

Diterbitkan Februari 12, 2025 ยท Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan ke semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini.

Beliau berkata penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat serta pembaharuan yang dibawa oleh sistem itu.

Oleh itu, saya gesa supaya penggunaan program iPayment ini dipercepatkan dari jadual akhir April kepada awal Mac. iPayment ini bagi saya adalah satu langkah ke hadapan kerana selain memberi prakasa (inisiatif) baharu, ia juga membawa manfaat langsung kepada rakyat dari segi kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi memakan masa.

Anwar berkata Malaysia perlu bergerak lebih pantas jika ingin terus berada di hadapan dan tidak ketinggalan dalam transformasi digital.

Menurutnya, kemajuan negara dalam bidang tersebut agak mendatar jika dibandingkan dengan beberapa negara lain seperti Estonia, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Berbalik kepada konteks, sistem iPayment mula dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN) pada awal 2022 dengan Fasa 1 melibatkan saluran portal dalam talian, sebelum diperluas dengan pertambahan saluran pembayaran kaunter dan aplikasi mudah alih melalui pelaksanaan Fasa 2 bermula hari ini.

Sistem ini memberikan pilihan kepada pelanggan perkhidmatan kerajaan untuk membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit, kad prabayar, perbankan internet, kod respons pantas (QR) dan e-dompet.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Mesin Token Di Stesen MRT Bukit Bintang, TRX Kini Sokong Pembayaran Guna Kad
  • KKM Sasar 100 Lagi Klinik Kerajaan Laksana CCMS, Pendekkan Masa Menunggu 3 Jam Kepada 30 Minit

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY