Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
prime video

Amazon Dilapor Gandakan Iklan Di Prime Video, Kini Sampai 6 Minit Setiap Jam

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh ariff bukhari

Platform penstriman Amazon Prime Video dilaporkan mula menggandakan jumlah masa iklan diplatform berbayar mereka yang akan menyebabkan penonton akan melihat 4 hingga 6 minit iklan bagi setiap jam tontonan, berbanding hanya 2 hingga 3.5 minit sahaja sebelum ini pada tahun 2024 lalu.

Walaupun Amazon tidak mengesahkan perubahan ini secara rasmi, syarikat itu memaklumkan kepada para pengiklan bahawa jumlah slot iklan telah meningkat secara beransur, dengan lebih banyak ruang tersedia untuk kempen baharu dipaparkan.

Sejak lewat 2024, Amazon memang telah menyatakan bahawa akan berlaku peningkatan iklan, dan satu-satunya cara untuk menghapuskannya ialah dengan membayar tambahan USD2.99 sebulan — selain yuran langganan Amazon Prime atau USD8.99 untuk Prime Video sahaja di AS.

Bayaran tambahan itu masih kekal, tetapi jika pendapatan iklan meningkat dengan ketara, tidak mustahil harga akan dinaikkan pada masa hadapan, seperti yang berlaku pada pelan tanpa iklan Netflix.

Buat masa ini, format iklan masih sama iaitu satu  iklan pendek di awal filem dan satu lagi sekitar 20–30 minit kemudian, sebelum filem disambung tanpa gangguan.

Amazon Prime Video di Malaysia boleh dilanggan pada harga RM25/bulan atau RM228/tahun yang bersamaan dengan RM19/bulan.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Sony Bakal Lancar 'Stick' Lawan Wayarles Pertama Untuk PS5 Dan PC
  • Ramai Sanggup Bayar Lebih, Sony Bagi 'Hint' Naikkan Harga PS Plus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY