Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Tarik Diri Dari Menyertai MWC 2020 Berikutan Wabak Coronavirus

Amazon Tarik Diri Dari Menyertai MWC 2020 Berikutan Wabak Coronavirus

Diterbitkan Februari 10, 2020 oleh Amalina Athman

Amazon adalah antara syarikat terbaru yang akan membatalkan perancangan untuk menyertai Mobile World Congress (MWC), yang akan berlangsung hujung bulan ini di Barcelona berikutan wabak Coronavirus.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Amazon berkata, disebabkan wabak dan kebimbangan berterusan mengenai Coronavirus, Amazon menarik diri dari mempamerkan atau menyertai MWC 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari di Barcelona, Sepanyol.

Antara syarikat lain yang membuat keputusan yang sama atau menilai semula perancangan untuk menyertai MWC berikutan wabak tersebut termasuk LG, NVIDIA, dan Ericson. Penganjur acara berkenaan, GSMA, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil, termasuk larangan pelawat dari daerah Hubei, di mana wabak Coronavirus dipercayai bermula.

Screenshot (254)

Pada masa ini, Coronavirus mencatatkan 910 kematian dengan 871 melibatkan kematian di daerah Hubei. Selain itu, 40,561 kes dikesan positif melibatkan lebih 28 negara secara global. Sehingga 10 Februari, Malaysia mencatatkan 18 kes positif Coronavirus.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY