ZTE Dan LG Menarik Diri Dari Acara MWC 2020 Disebabkan Wabak Coronavirus

Baru sahaja lagi, pengeluar peranti pintar ZTE dan juga LG telah menarik diri dari acara besar-besaran tahunan Mobile World Congress (MWC 2020). Ini adalah disebabkkan penularan wabak coronavirus yang masih lagi belum reda.

Namun, organisasi di sebalik acara tersebut, GSMA, masih lagi optimis untuk meneruskannya. Sementara itu, Richard Lai dari media Engadget China pula melaporkan bahawa Xiaomi tidak akan membawa ahli media China ke acara tersebut. Ini juga bermakna mereka Xiaomi belum lagi menarik diri dan akan meneruskan pertunjukan produk mereka.

https://twitter.com/richardlai/status/1224775675468341248

Walaupun LG bukannya dari syarikat China seperti ZTE dan Xiaomi, tindakan menarik diri ini juga semestinya diperhatikan oleh syarikat luar China. Mereka juga mungkin akan mengikut jejak langkah yang sama.

GSMA sebelum ini juga telah membuat kenyataan acara MWC 2020 akan diteruskan dengan peningkatan tahap kebersihan, dan juga sokongan perubatan. Menurut mereka, pekerja dan kakitangan mereka akan mengambil langkah yang lebih serius untuk mengawal dan seterusnya mengurangkan penyebaran virus berkenaan.

Setakat ini, coronavirus telah membunuh hampir 500 orang dengan kes yang disahkan melebihi 24,000. Walaupun GSMA akan meneruskan acara MWC ini, jika lebih ramai syarikat yang bakal menarik diri, kemungkinan besar acara ini akan dibatalkan seluruhnya.

Sumber: Android Authority, Digital Trends

 

Berkaitan