Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Perkenal Leo Ultra – Internet Satelit Terpantas, Kelajuan Sehingga 1Gbps

Amazon Perkenal Leo Ultra – Internet Satelit Terpantas, Kelajuan Sehingga 1Gbps

Diterbitkan November 25, 2025 · Dikemas kini November 25, 2025 oleh Amalina Athman

Amazon kini mengumumkan Leo Ultra, antena pertama untuk perkhidmatan internet satelitnya. Ia diperkenalkan melalui pratonton tertutup untuk pelanggan perusahaan terpilih, sebelum pelancaran komersial yang dijangka tahun depan.

Menurut Amazon, Leo Ultra merupakan “terminal pelanggan terpantas dalam pengeluaran” yang menawarkan kelajuan muat turun sehingga 1Gbps dan muat naik sehingga 400Mbps secara serentak.

Leo Ultra turut menyokong perkhidmatan rangkaian persendirian serta sambungan terus ke Amazon Web Services (AWS) dan rangkaian awan lain.

Model lebih kecil iaitu Leo Pro bersaiz 11-inci menyokong kelajuan muat turun sehingga 400Mbps, manakala Leo Nano bersaiz 7-inci mampu mencapai sehingga 100Mbps.

Amazon leo_

Sebagai perbandingan, Starlink Performance Kit (Gen 3) ketika ini menyokong kelajuan muat turun sehingga 400Mbps, kira-kira separuh daripada kemampuan maksimum Leo Ultra yang diiklankan Amazon. Namun, SpaceX sebelum ini menyatakan satelit V3 yang akan dilancarkan melalui Starship bakal membawa sambungan berkelajuan gigabit kepada pengguna menjelang tahun depan.

Berbalik kepada Leo Ultra, ia dikuasakan cip silikon Amazon Leo, menggabungkan reka bentuk frekuensi radio (RF) dan algoritma pemprosesan isyarat yang dibangunkan dan dimiliki oleh Amazon.

Amazon Leo Ultra_1

Antena ini dibina untuk ketahanan maksimum dengan rekaan lasak dan tahan cuaca, mampu menahan suhu tinggi dan rendah, hujan serta tiupan angin kencang.

Berkaitan

  • Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
  • OpenAI Dan Amazon Umum Kerjasama Strategik $38 Bilion Untuk Kuasa AI Masa Depan
  • Hitachi Vantara Lancar Sistem Storan Baharu Bagi Pusat Data Malaysia
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY