Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari

Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari

Diterbitkan Jun 4, 2026 oleh ariff bukhari

Amazfit memperkenalkan era baharu latihan hibrid dengan pelancaran Balance 3 dan Balance Ultra, direka khusus untuk atlet moden.

Kedua-dua jam pintar ini digabungkan dengan sistem Hybrid Training yang menghubungkan data latihan dan pemulihan melalui jam tangan, serta analisis pintar melalui aplikasi Zepp.

Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari
Amazfit Balance Ultra tampil sebagai model premium dengan titanium gred 5, reka bentuk elegan, dan hayat bateri sehingga 30 hari.

Fungsi utama termasuk HybridCharge Energy Intelligence yang mengukur tenaga, tekanan harian, dan beban latihan.

Atlet turut dibimbing dengan ciri Weekly Focus, Training Balance, serta pelan latihan hibrid yang disesuaikan.

Balance 3 pula lebih versatil untuk kegunaan harian dengan pilihan keluli tahan karat atau titanium, serta hayat bateri sehingga 21 hari.

Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari
Amazfit Balance 3.
Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari
Amazfit Balance 3.bateri tahan sehingga 21 hari.

Kedua-duanya dilengkapi skrin AMOLED 1.5 inci, kaca nilam, GPS dwi-jalur, peta luar talian, serta pemantauan kesihatan menyeluruh (denyutan jantung, HRV, tidur, tekanan, SpO₂, kadar pernafasan).

Tambahan pula, Amazfit bekerjasama dengan HYROX sebagai rakan rasmi yang menyediakan simulasi perlumbaan, Virtual Pace, dan analisis selepas perlumbaan.

Amazfit Balance Ultra dan Balance 3 masing-masing dijual pada harga USD599.99 (~RM2,375.96) dan USD369.99 (~RM1,465)  tersedia mulai 2 Jun 2026 di Amazfit.com.

Selain itu, versi Amazfit Balance 3 Titanium juga akan tersedia kemudiannya pada harga $449.99 (~RM1,781).

Berkaitan

  • Amazfit Active Max Kini Di Malaysia Dengan Harga RM699
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY