Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit Lancar Cheetah 2 Pro, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Amazfit Lancar Cheetah 2 Pro, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Diterbitkan April 17, 2026 oleh ariff bukhari

Amazfit baru sahaja melancarkan Cheetah 2 Pro, jam pintar prestasi tinggi yang direka khusus untuk pelari maraton.

Dengan rangka titanium dan kaca nilam, ia ringan tetapi tahan lasak.

Dilengkapi skrin AMOLED 1.32 inci, ia memastikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari.

Jam ini menyokong pelan latihan berstruktur melalui Zepp Coach, termasuk latihan asas aerobik, kekuatan, serta pemantauan VO₂ max dan keletihan.

“Cheetah 2 Pro direka bentuk untuk pelari yang tahu kelajuan bukan sahaja tentang batu dan jarak larian, tetapi juga kekuatan, pemulihan dan disiplin yang menyokong prestasi dari semasa ke semasa.” Amazfit.

Amazfit Lancar Cheetah 2 Pro, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Ia juga serasi dengan platform popular seperti Strava dan TrainingPeaks. Ciri GPS dwi-band nya pula memberikan ketepatan laluan, manakala bateri mampu bertahan sehingga 29 jam dengan GPS aktif atau 17 hari penggunaan harian.

Tambahan unik ialah lampu suluh dwi-mod untuk larian pagi atau malam.

Fungsi pemulihan turut diperkaya dengan pemantauan tidur, HRV, dan ramalan masa tamat maraton.

Sebagai sebuah peranti berprestasi tinggi, Amazfit Cheetah 2 Pro dijual pada harga $449.99 (~RM2,100) kini tersedia di Amazfit.com dan pengedar terpilih.

Berkaitan

  • Amazfit T-Rex 3 Pro Dilancarkan, Harga RM1799
  • Amazfit Lancar Active Max, Bateri Jam Tahan Sehingga 25 Hari
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY