Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Active Max

Amazfit Lancar Active Max, Bateri Jam Tahan Sehingga 25 Hari

Diterbitkan Disember 30, 2025 · Dikemas kini Disember 30, 2025 oleh ariff bukhari

Amazfit baru sahaja melancarkan Active Max, model jam pintar terbaharunya yang direka dengan paparan AMOLED 1.5 inci kadar kecerahan mencapai sehingga 3,000 nits yang membolehkan pengguna membaca statistik dengan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Tapi, apa yang lebih penting bagi pengguna sudah tentunya ketahanan bateri di mana Active Max mampu bertahan sehingga 25 hari menjadikannya teman ideal untuk aktiviti jangka panjang, termasuk maraton atau perjalanan jauh.

Amazfit Lancar Active Max, Bateri Jam Tahan Sehingga 25 Hari

Active Max turut menawarkan storan 4GB yang mampu memainkan sehingga 100 jam podcast, serta peta percuma untuk lebih 2,000 tempat peranginan bagi penggemar sukan ski.

Turut diperkenalkan adalah ciri BioCharge™ yang membantu pengguna memahami tahap tenaga harian.

Dengan lebih 170 mod sukan dan panduan AI Zepp Coach™, jam ini sesuai untuk pelbagai gaya latihan.

Amazfit Lancar Active Max, Bateri Jam Tahan Sehingga 25 Hari

Selain itu, ia dilengkapi pemantauan kesihatan 24/7, panggilan Bluetooth, arahan suara Zepp Flow™, dan ketahanan 5 ATM.

Hanya berharga USD169 (sekitar RM790), Active Max menawarkan gabungan teknologi, kesihatan, dan gaya dalam satu peranti pada harga yang cukup menarik.

Berkaitan

  • TAG Heuer Lancar Jam Pintar Dipacu Snapdragon, Harga Cecah RM10 Ribu
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • IKEA Lancar Aksesori Laptop Boleh Lipat Berharga RM15

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY