Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit T-Rex 3 Pro _1

Amazfit T-Rex 3 Pro Dilancarkan, Harga RM1799

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh Amalina Athman

Amazfit kini mengumumkan pelancaran global ahli terbaharu dalam keluarga T-Rex 3, iaitu Amazfit T-Rex 3 Pro.

Diperkenalkan dalam dua saiz iaitu 44mm dan 48mm, T-Rex 3 Pro menampilkan skrin AMOLED dengan masing-masing bersaiz 1.5-inci dan 1.32-inci serta kecerahan maksimum 3,000 nit.

Amazfit T-Rex 3 Pro Dilancarkan, Harga RM1799

Jam pintar ini turut dilengkapi skrin kaca nilam (sapphire glass), lampu suluh LED dwi-warna, serta bezel dan butang yang diperbuat daripada aloi titanium Gred 5.

Amazfit T-Rex 3 Pro _2

T-Rex 3 Pro menawarkan lebih 180 mod sukan termasuk larian denai, selam skuba, latihan kekuatan dengan pengesanan automatik serta latihan HYROX dan mod perlumbaan. Sistem pemantauan tenaga BioCharge memberikan skor dinamik berdasarkan senaman, pemulihan dan tekanan.

Untuk hayat bateri, model 44mm dilengkapi kapasiti 500mAh yang boleh bertahan sehingga 17 hari. Sementara itu, model 48mm hadir dengan kapasiti 700mAh dan penggunaan sehingga 25 hari bagi penggunaan biasa.

Lain-lain termasuk sokongan pembesar suara dan mikrofon terbina, ketahanan kalis air sehingga 10ATM, GPS-dwi jalur, peta luar talian lebih terperinci serta sokongan untuk enam sistem satelit bagi memastikan pengesanan lokasi tepat.

Amazfit T-Rex 3 Pro Dilancarkan, Harga RM1799
48mm
Amazfit T-Rex 3 Pro Dilancarkan, Harga RM1799
44mm

Model 48mm hadir dalam pilihan warna Tactical Black dan Black Gold, manakala model 44mm ditawarkan dalam warna Black Gold dan Arctic Gold.

Harga dan ketersediaan

Amazfit T-Rex 3 Pro untuk model 48mm ditawarkan pada harga bermula RM1,799. Sempena pelancaran, versi biasa dijual pada harga RM1,749 manakala model NFC pada RM1,799 dan disertakan dengan hadiah percuma. Prapesan kini dibuka di laman web rasmi serta platform Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Amazfit Balance Kini Menjalankan Zepp OS Yang Dikuasakan AI
  • Amazfit T-Rex 3 - Skrin AMOLED 1.5", 170+ Mod Senaman, Berharga RM1,099
  • Amazfit Balance 2 Tiba Di Malaysia, Bateri Tahan Sehingga 21 Hari
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY