Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Amazfit Active Max Kini Di Malaysia Dengan Harga RM699

Posted on Januari 9, 2026Januari 9, 2026

Amazfit mengumumkan pelancaran ahli terbaru keluarga Amazfit Active iaitu, Amazfit Active Max. Model ini menggabungkan paparan AMOLED ultra terang 1.5 inci, hayat bateri sehingga 25 hari, pendengaran podcast yang mudah dan alat latihan lanjutan untuk menyokong latihan yang konsisten.

Amazfit Active Max memperkenalkan skor tenaga BioCharge yang memberikan bimbingan yang menyesuaikan ikut keadaan pengguna, penjejakan latihan kekuatan yang lebih baik serta maklumat kesihatan yang lengkap untuk menunjukkan prestasi secara langsung.

Skor ini berubah sepanjang hari mengikut senaman, tahap aktiviti dan tekanan, supaya pengguna tahu bila masa sesuai untuk berlatih lebih kuat dan bila masa sesuai untuk berehat.

Dibina dengan 1.5 inci paparan AMOLED ultra terang dengan kecerahan sehingga 3000 nit bagi memberikan kejelasan dalam apa jua suasana.

Storan 4GB memberikan sehingga 100 jam main balik podcast semasa senaman, serta peta yang boleh dimuat turun secara percuma untuk pengembaraan luar, termasuk lebih 2000 pusat peranginan ski dan butiran kontur .

Jam ini direka dengan reka bentuk yang ringan dan dibekalkan kuasa sehingga 25 hari. Menjamin penjejakan aktiviti yang tepat, seperti penjejakan tidur serta latihan jarak jauh, termasuklah maraton. Ia juga didatangkan dengan lebih 170 mod senaman dan panduan Zepp Coach yang dikuasakan AI.

Active Max ini mampu menyesuaikan diri dengan gaya latihan pilihan pengguna. Mod Latihan Kekuatan akan mengesan bilangan ulangan, set dan masa rehat bagi 25 jenis senaman secara automatik. Ini adalah agar data latihan direkod dengan lebih kemas dan lebih mudah untuk memantau bentuk pergerakan semasa bersenam.

Dikuasakan oleh sensor biometrik BioTracker PPG terkini untuk sentiasa memantau kadar denyutan jantung, oksigen darah, tekanan dan kualiti tidur. Ia akan memberi amaran jika terdapat bacaan yang luar biasa.

Dengan Amazfit Active Max ini, pengguna boleh membuat panggilan Bluetooth, menghantar balasan speech-to-text dan mengawal jam tangan menggunakan arahan suara Zepp Flow. Ia dipadankan dengan Aplikasi Zepp untuk bacaan kesihatan yang lebih mendalam dan penjejakan trend jangka panjang.

Model Amazfit Active Max ini bakal tersedia bermula 10 Januari 2026 dengan harga promosi RM699 di laman rasmi Amazfit serta di platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok. Pelanggan juga akan menerima Tumbler Amazfit, kemeja-T Amazfit dan Jalur Hidung Amazfit x Hyrox selagi stok masih ada.

Amazfit Malaysia juga akan melancarkan Kelab Komuniti Amazfit MY pada tahun 2026 ini. Kelab ini menawarkan program khusus dalam larian, latihan kekuatan dan sukan lain. Komuniti ini ditubuhkan untuk merapatkan jurang antara teknologi dan latihan dunia sebenar.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress