Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Alumni UTM, Dato’ Swee Kiang (SK) Fong, Pengasas Dan CEO SkyeChip

Posted on Mac 6, 2026Mac 6, 2026

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraikan kejayaan alumninya, Dato’ Swee Kiang (SK) Fong, yang merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, SkyeChip Technology Sdn. Bhd..

Beliau merupakan seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kelas Pertama dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau kemudiannya menamatkan MBA Eksekutif yang ditawarkan bersama oleh Olin Business School (Universiti Washington di St. Louis) dan Universiti Fudan di Shanghai.

Berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri semikonduktor global, beliau pernah berkhidmat di Intel, Broadcom dan Altera, serta memainkan peranan penting menubuhkan Pusat Reka Bentuk Intel di Malaysia.

SkyeChip Technology Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 2019 ialah sebuah syarikat reka bentuk cip untuk kecerdasan buatan dan pengkomputeran berprestasi tinggi yang berpangkalan di Malaysia.

Dato’ Swee Kiang (SK) Fong, dua dari kiri, bergambar bersama Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim pada tahun 2025.

Pada tahun 2025, SkyeChip melakar sejarah dengan melancarkan MARS1000, pemproses Edge AI pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.

Inovasi ini menandakan kemajuan besar dalam keupayaan negara dalam teknologi AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

Dari segi kewangan, SkyeChip mencatatkan pertumbuhan pesat dengan pendapatan meningkat daripada RM57.2 juta pada FY2023 kepada RM119.5 juta pada FY2025, dan merancang IPO di Malaysia pada April 2026.

Dato’ Swee Kiang (SK) Fong telah dianugerahi dengan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) dari Yang Terutama Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2025 lalu.

UTM berkata, SkyeChip yang diterajui SK Fong terus menyumbang melalui seminar, penyelidikan dan pembangunan bakat, termasuk menandatangani MoU pada 2022 untuk kerjasama dalam bidang AI bersama UTM.

Selain di Pulau Pinang dan Selangor, SkyeChip turut mempunyai 4 lagi subsidiari di luar negara termasuklah di Singapura, China dan 2 di Vietnam.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress