Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Allo Sedang Tawar Promosi Pelan 100Mbps Pada RM49/bulan

Allo Sedang Tawar Promosi Pelan 100Mbps Pada RM49/bulan

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan laporan awal, penyedia perkhidmatan Internet di Malaysia, Allo sedang menawarkan promosi bagi dua pelan jalur lebar tetapnya serendah RM49/bulan untuk kelajuan 100Mbps.

Mengikut pelan asal, ia berharga RM69/bulan di mana pernah ditawarkan dalam pakej perpaduan. Difahamkan, promosi tersebut sudah pun berjalan sejak Januari 2025. Pelan ini juga adalah tertakluk kepada kontrak 24 bulan (2 tahun) dan tidak pasti berapa lama tempoh diskaun ini ditawarkan kepada pengguna.

Allo promosi

Selain itu, bagi pengguna yang memerlukan Internet yang lebih laju, Allo turut menawarkan pelan 1Gbps pada harga hanya RM139/bulan sahaja (harga asal RM199/bulan).

Allo fibre

Dengan ini, pelan jalur lebar tetap dari Allo adalah yang termurah di Malaysia setakat ini. Namun, kekurangannya adalah perkhidmatan Allo terhad di kawasan tertentu sahaja.

Buat pengetahuan, Allo merupakan subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB) di mana mereka menawarkan perkhidmatan Internet jalur lebar tetap dengan harga berpatutan. Anda boleh semak pelan lain di sini — allo.my.

Berkaitan

  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
  • U Mobile Lancarkan Pelan Internet 'Fibre' 10Gbps Untuk Perniagaan Berharga RM1,899/bulan
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Yes Fibre Bakal Tawar Kelajuan 300Mbps Serendah RM35/bulan, Kontrak 2 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY