Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yes Fibre Bakal Tawar Kelajuan 300Mbps Serendah RM35/bulan, Kontrak 2 Tahun

Yes Fibre Bakal Tawar Kelajuan 300Mbps Serendah RM35/bulan, Kontrak 2 Tahun

Diterbitkan Februari 3, 2025 ยท Dikemas kini Februari 3, 2025 oleh ariff bukhari

Penyedia perkhidmatan rangkaian yes di laman sesawang mereka telah mengacah bakal melancarkan pelan jalur lebar tetap baharu Yes Fibre serendah RM35/bulan; RM37.10 termasuk SST dan RM50/bulan; RM53 termasuk SST (Yes Fibre Biz) dengan kontrak selama 2 tahun dan tidak memerlukan pembayaran pendahuluan pelan.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima 1x telefon pintar dan kad SIM pelan prabayar Yes FT5G Discover secara percuma. (sementara stok masih ada)

Berikut adalah butiran pelan Yes Fibre yang bakal ditawarkan nanti:

Yes Fibre Bakal Tawar Kelajuan 300Mbps Serendah RM35/bulan, Kontrak 2 Tahun
Pelan ini datang bersama Wayarles WiFi6 dan Modem dengan kontrak 24 bulan.

Setakat ini, pelan jalur lebar tetap berkelajuan 300Mbps turut ditawarkan oleh beberapa penyedia perkhidmatan lain seperti Unifi Home (RM139/bulan), CelcomDigi Fibre (RM129/bulan), U Mobile U Home Fibre (RM119/bulan) dan Maxis Home Fibre (RM99/bulan).

Jadi, apabila ditawarkan nanti, pelan Yes Fibre akan menjadi pelan jalur lebar tetap paling murah ditawarkan di Malaysia. Cumanya, dalam laman soalan lazim mereka menyatakan pelan ini hanya akan ditawarkan di Sabah sahaja setakat ini.

“Anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber melalui Rakan Niaga Yes di Sabah.”

Jadi kepada pengguna di Sabah, jika anda berminat dengan pelan Yes Fibre yang bakal dilancarkan nanti, anda boleh layari Yes Fibre – Yes | First to 5G dan daftarkan minat anda.

Untuk info lanjut, layari laman soalan lazim Pelan pascabayar Yes Fiber – Yes | First to 5G

Berkaitan

  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
  • U Mobile Lancarkan Pelan Internet 'Fibre' 10Gbps Untuk Perniagaan Berharga RM1,899/bulan
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY