Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Alibaba Lancar Quark AI Glasses – Dikuasakan AI Qwen, Bateri Boleh Tukar

Posted on November 28, 2025November 28, 2025

Gergasi teknologi China, Alibaba, kini memasuki pasaran cermin mata pintar dengan pelancaran Quark AI Glasses di China.

Siri ini ditawarkan dalam dua varian, iaitu S1 sebagai model flagship dan G1 yang memfokuskan gaya hidup. Setiap model hadir dengan pelbagai pilihan warna bingkai dan lensa.

S1 dilengkapi dwi-paparan mikro-OLED, cip dwi-kuasa serta mikrofon penghantaran bunyi melalui tulang. Ia juga menampilkan sistem dwi-bateri boleh tukar, pertama seumpamanya dalam industri, yang membolehkan penggunaan sehingga 24 jam.

4/ 24-hour battery, zero downtime

Quark’s temples hold dual replaceable batteries.

Battery low?
Swap the “leg battery” in seconds.

No cables. No recharging break.
Just keep going.

This is ridiculously smart engineering. pic.twitter.com/njFcNYDTs1

— ZOYA ✪ (@HeyZoyaKhan) November 27, 2025

Kamera terbina pada cermin mata pintar ini mampu menangkap gambar dalam 0.6 saat, merakam video 3K dan menghasilkan output 4K yang dipertingkatkan dengan bantuan AI. Teknologi Super Raw turut memastikan gambar malam lebih jelas dan terang.

5/ Your life, in 4K POV.

Quark captures 3K native video, then uses AI to boost it into super-resolution 4K.

With dual stabilization + Super RAW low-light enhancement, every moment feels cinematic:

Walks. Trips. Concerts. Daily life.

Your eyes become the camera. pic.twitter.com/xyEpWJak45

— ZOYA ✪ (@HeyZoyaKhan) November 27, 2025

G1, seberat 40 gram, turut menggunakan perkakasan utama yang sama seperti S1 kecuali pada paparan, dan direka untuk penggunaan harian.

Kedua-duanya dikuasakan model kecerdasan buatan (AI) Alibaba, Qwen, dan boleh dikawal melalui suara atau sentuhan.

Fungsi utama termasuk terjemahan semasa bergerak, pengecaman harga segera, navigasi, teleprompter secara langsung, peringatan pintar, transkrip, serta sokongan kontekstual seperti mencari lokasi berdekatan dan mengurus jadual.

Cermin mata ini turut diintegrasikan dengan ekosistem Alibaba, termasuk Alipay dan Taobao, serta platform penstriman muzik seperti QQ Music dan NetEase Cloud Music.

Harga bermula dari 3,799 yuan (~RM2,215) untuk S1 dan 1,899 yuan (~RM1,107) untuk G1. Menurut Bloomberg, Quark AI Glasses dijangka tersedia untuk pasaran global pada tahun depan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress