Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi CEO Albern Murty_

Albern Murty Kini Dilantik Sebagai CEO CelcomDigi

Diterbitkan Februari 11, 2026 · Dikemas kini Februari 11, 2026 oleh Amalina Athman

Lembaga Pengarah CelcomDigi kini mengumumkan pelantikan Albern Murty sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Pengerusi Lembaga Pengarah, Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin, berkata pelantikan itu dibuat selepas proses pencarian menyeluruh yang mengambil kira calon dari dalam dan luar organisasi bagi memastikan kepimpinan terbaik untuk memimpin syarikat ke fasa seterusnya.

Menurut CelcomDigi, Albern telah menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan selepas penggabungan Celcom dan Digi pada November 2022 sebagai Timbalan CEO. Pada September 2025, beliau dilantik sebagai Pemangku CEO susulan perletakan jawatan Datuk Idham Nawawi.

Beliau membawa lebih 22 tahun pengalaman kepimpinan dalam industri telekomunikasi, termasuk tujuh tahun sebagai CEO Digi. Selain itu, Albern juga pernah memegang jawatan penting lain termasuk Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pemasaran di Digi, serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Negara Asia Pesat Membangun bagi Telenor Asia.

Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula pengurusan syarikat, Datuk Kamal Khalid turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi, Transformasi dan Kawal Selia.

Berkaitan

  • Datuk Idham Undur Diri, Albern Murty Pemangku CEO CelcomDigi
  • CelcomDigi Lancar MediHub Berasaskan 5G Dan AI Untuk Kesihatan Fizikal, Mental Pekerja
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • CelcomDigi Perkenal Pas Internet Prepaid 5G Hyper, Power
  • CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY