Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 (1)

CelcomDigi Lancar MediHub Berasaskan 5G Dan AI Untuk Kesihatan Fizikal, Mental Pekerja

Diterbitkan Disember 19, 2025 oleh ainabatrisyia

CelcomDigi kini melancarkan fasiliti penjagaan kesihatan yang dikuasakan dengan 5G bagi memberikan akses mudah kepada servis penjagaan kesihatan bagi para pekerja terus dari tempat kerja mereka.

Bertempat di CelcomDigi Hub, fasiliti pintar ini menawarkan servis untuk kesihatan fizikal dan mental yang komprehensif melalui konsultasi maya berlesesn dengan pengamal perubatan, pakar psikiatri dan pakar psikologi.

Terdapat dua zon utama iaitu ‘Care Room’ dan ‘Mind Room’.

Care Room

Membawa pengalaman klinik kepada pekerja secara maya. Menawarkan teleconsultations berlesen melalui MediDoc, sebuah platform telehealth yang selamat. Para pekerja boleh menerima nasihat perubatan, mendapatkan diagnosis dan preskripsi ubat.

Photo 3 (1)
Photo 4 (2)

Terdapat juga MediKiosk, stesen pintar yang menjalankan pemeriksaan kesihatan pantas, menjana laporan kesihatan bagi menjamin konsultasi dan data keadaan tubuh yang tepat.

Photo 2 (1)

Mind Room

Menawarkan ruang peribadi khas untuk penjagaan kesihatan mental. Di sini, pekerja boleh mengakses sesi kaunseling perbadi serta sokongan emosi berlesen dari pakar psikiatri dan psikologi. Ia merangkumi sesi pengurusan stres dan berehat di kawasan santai yang selesa bagi menenangkan minda.

Photo 5 (1)

Turut menawarkan alat penilaian seperti DASS-21 (Depression, Anxiety and Stress Scale-21) bagi membantu pekerja memahami kesejahteraan emosi sendiri dan mengambil langkah yang berkesan untuk membina ketahanan mental masing-masing.

Photo 6 (1)

MediHub menonjolkan inovasi AiX CelcomDigi dalam menggunakan rangkaian 5G dan teknologi AI untuk memberikan penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses.

Dengan sokongan lebih 56 rakan ekosistem tempatan dan global, AiX membawakan lebih 61 penyelesaian dalam lapan sektor, dengan 28 kes penggunaan sudah diterapkan, menyediakan sambungan masa nyata, pandangan berasaskan AI, dan pengalaman yang lancar.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • CelcomDigi Dan PPUM Jayakan Pembedahan ENT Secara Langsung Berasaskan 5G
  • CelcomDigi ONE Pro, Ultra Kini Dinaik Taraf Dengan Fiber 500Mbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY