Samsung Electronics Co., Ltd. secara rasmi membawa masuk storan luar mudah alih (portable solid-state drive / PSSD) generasi baharunya, Samsung P7, ke pasaran Malaysia.
Ia kini mula tersedia di pasaran tempatan selepas pertama kali ditayangkan di Gamescom 2026 di Jerman.
Peranti storan ini direka khas untuk memenuhi permintaan penyimpanan data besar seperti video beresolusi ultra-tinggi, kandungan AI, dan saiz permainan video moden.
![[Photo 1] Samsung Introduces New P7 Portable SSD in Malaysia, Empowering Everyday Users with Ultra-Fast USB4 Storage](https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/11/11105030/Photo-1-Samsung-Introduces-New-P7-Portable-SSD-in-Malaysia-Empowering-Everyday-Users-with-Ultra-Fast-USB4-Storage.jpg)
Dilengkapi penyambung USB4 gen 3 berkelajuan 40Gbps, Samsung P7 menawarkan kelajuan bacaan berurutan sehingga 4,000MB/s dan kelajuan menulis sehingga 3,800MB/s iaitu empat kali ganda lebih pantas berbanding generasi terdahulu.
Peranti ini amat serasi digunakan bersama pelbagai hos seperti komputer riba, telefon pintar, konsol permainan, dan kamera.
Bagi perlindungan data, Samsung P7 telah melepasi ujian ketahanan daripada kejatuhan setinggi 2 meter, kejutan, dan getaran untuk kegunaan pelbagai aktiviti luar.
Model 1TB dan 2TB boleh didapati menerusi platform Shopee dan Lazada di Malaysia bermula 11 November 2026, manakala varian 4TB serta 8TB akan disusuli pada tahun 2027.
Harga jualan yang dicadangkan di Malaysia adalah seperti berikut:
- 1TB: RM1,170
- 2TB: RM2,350
- 4TB: RM4,700
- 8TB: RM9,300
Beli barisan storan Samsung dari stor:
- Shopee – https://invl.me/clnn6wc
- Lazada – https://invl.me/clnn6wf
