Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Postpaid – live sports & entertainment

Maxis Tawar 6 Bulan Akses Percuma sooka Premium Untuk Pelanggan Postpaid 139 Ke Atas

Diterbitkan Ogos 13, 2025 · Dikemas kini Ogos 13, 2025 oleh Amalina Athman

Maxis kini menawarkan akses percuma ke sooka Premium selama 6 bulan bagi pelanggan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199.

Dengan sooka Premium, pengguna boleh menikmati kandungan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Premier League, Champions League, F1, MotoGP, La Liga, Bundesliga, BWF, UFC, STL, Tennis Grand Slams, Bola Keranjang dan banyak lagi. Ia juga menawarkan pelbagai kandungan hiburan Asia dan tempatan.

sooka Premium menyokong penstriman sehingga tiga peranti serentak (termasuk satu TV) dalam resolusi 1080p FHD.

Cara tebus tawaran

  1. Buka aplikasi Maxis dan tekan ikon Live Sports.
  2. Pilih “sooka Premium RM0/30 hari“.
  3. Lengkapkan pesanan dan ikut langkah untuk mendaftar akaun sooka.

Selepas pendaftaran berjaya, pengguna boleh mula menstrim melalui sooka.my atau aplikasi sooka di Google Play Store dan Apple App Store.

Bagi pelanggan sooka Maxis Lifestyle sedia ada dengan pelan pascabayar yang layak, akses percuma akan bermula pada kitaran bil seterusnya.

Tawaran ini adalah sah untuk tempoh masa terhad, bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2025. Pelanggan baru atau yang menaik taraf ke pelan Maxis Postpaid 139, 169, atau 199 dalam tempoh ini juga layak menikmati tawaran ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Postpaid dan butiran penuh tawaran ini, layari laman rasmi Maxis.

Berkaitan

  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi
  • Maxis Home Solar Kini Tersedia Di Seluruh Semenanjung — Jimat Bil Elektrik Hingga 25%
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • CelcomDigi Tawar FTTR Percuma, Pas Internet Murah Sempena Hari Kebangsaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY