Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sooka Tawar Akses Percuma 10 Hari Untuk Pelan Sport & Entertainment

sooka Tawar Akses Percuma 10 Hari Untuk Pelan Sport & Entertainment

Diterbitkan Jun 25, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh Amalina Athman

Bagi meraikan ulang tahun keempat, sooka kini mengumumkan pelbagai tawaran menarik, termasuk akses percuma selama 10 hari untuk pelan Sports & Entertainment kepada pelanggan baharu.

Sehingga 31 Julai 2025, pelanggan baharu boleh menebus akses percuma ini dengan menggunakan kod promosi “HBDSOOKA”.

sooka Tawar Akses Percuma 10 Hari Untuk Pelan Sport & Entertainment

Semua pengguna turut berpeluang memenangi Smart TV LG 86″4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari.

Sementara itu, sooka TV Stick yang dijual pada harga RM349 kini boleh didapati secara percuma dengan langganan pelan enam bulan sooka Premium berharga RM249.

Tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan juga tersedia bermula 25 Jun 2025, memberikan akses selama 24 bulan dengan harga bermula dari RM149.

Dari segi penambahbaikan, sooka sejak awal tahun ini telah memperkenalkan beberapa peningkatan termasuk aplikasi dengan prestasi 2x lebih pantas, sooka TV Stick yang dinaik taraf dengan sokongan kandungan sukan 4K UHD serta paparan kandungan dan navigasi yang lebih diperibadikan.

sooka turut menambah ciri seperti chatbot berasaskan AI, Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik yang akan diperkenalkan di semua platform dalam beberapa minggu akan datang bagi memudahkan navigasi kandungan siaran langsung dan VOD.

Untuk maklumat lanjut mengenai sooka atau sooka TV Stick, pengguna boleh melayari laman rasmi sooka.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Prime Video Kini Ditawarkan Di Astro Ultra & Ulti Box - Akses Dua Bulan Percuma
  • Astro Tawar Langganan Max Separuh Harga Selama 12 Bulan - Serendah RM16.96/Bulan
  • Prime Video Kini Termasuk Dalam Langganan Pek Epik Astro - Tanpa Caj Tambahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY